Pelajar Maut Terjatuh Tingkat Empat Bangunan Sekolah, Polis Ambil Keterangan Saksi

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelajar Maut Terjatuh Tingkat Empat Bangunan Sekolah, Polis Ambil Keterangan Saksi

Seorang pelajar lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah di Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, setakat ini kes yang dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


“Remaja lelaki berusia 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 7.45 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

081124 Nse Remajamaut Jatuhbangunan

Artikel berkaitan : Pelajar Maut Lepas Panjat Tembok Sekolah, Terjatuh Masuk Dalam Perigi

Artikel berkaitan : Pelajar U Tempatan Maut Terjatuh Tingkat 34 Gara-gara Cuba Ambil Sehelai Baju Tersangkut Di Balkoni

Pelajar itu ditemui oleh guru dan pelajar di sekolah terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. Polis menerima panggilan pada jam 7.11 pagi daripada pihak sekolah memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Selepas kejadian itu, pihak sekolah segera menghubungi ambulans. Namun, kakitangan perubatan mendapati pelajar itu tidak mempunyai tanda-tanda masih hidup (sudah tidak bernyawa)” 

“Pelajar itu maut setelah dikesan mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala, bahu kanan dan muka. Punca kematian disebabkan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Susulan itu, pihak polis memanggil beberapa saksi kejadian termasuk guru dan pelajar sekolah terbabit bagi merakamkan keterangan mereka. Pihak sekolah turut memaklumkan akan membantu siasatan penuh kes ini, dan akan bersedia untuk memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar yang trauma menyaksikan insiden itu.

Untitled Design 3

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian.

Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau bagi menjalankan proses bedah siasat.

Banyak pula kes pelajar terjatuh bangunan sekolah ni kan? harap-harap keluarga bertabahla ye..

Sumber : Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Faizal Murad
Lagi tulisan Faizal

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelajar Maut Terjatuh Tingkat Empat Bangunan Sekolah, Polis Ambil Keterangan Saksi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelajar-maut-terjatuh-tingkat-empat-bangunan-sekolah-polis-ambil-keterangan-saksi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM