in

Terperangkap di KLIA2 Selama 37 Hari, Lelaki Ini Jawab Apa Sebabnya

Guy 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama senyap daripada kontroversi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kini kembali menjadi perhatian media.


Menurut The Guardian, lelaki warganegara Syria yang berusia 36 tahun ni didakwa dah tinggal kat KLIA2 lebih daripada sebulan, lepas dia alami masalah kekurangan wang dan diperangkap pegawai imigresen. 

Hassan Al Kontar kini hanya menggunakan Twitter untuk berkongsi kisah hidupnya kepada dunia dengan merekod seberapa banyak video tentang kehidupan dirinya dari hari ke hari di sebuah airport yang sibuk. Menerusi salah satu videonya, dia menjelaskan masalah bila dia terpaksa tinggalkan Syria 8 tahun lepas dan waran tangkap dah dikeluarkan ke atasnya sebab melarikan diri daripada menyertai khidmat tentera.

This Man Has Been Trapped In Klia2 For 37 Days Heres Why World Of Buzz 2
sumber: wob

Dia memberitahu portal berita,

“Ia bukan masalah saya seorang. Ia masalah ratusan lelaki di Syria yang merasa mereka dibenci, ditolak, tidak diinginkan, lemah dan keseorangan.” 

Masalah Hassan yang menetap dan bekerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 2006 hingga 2011 bermula apabila dia telah kehilangan permit kerjanya semasa perang saudara di Syria tercetus.

Menurut Coconuts, UAE tak mahu renew visa pemastautin Hassan dan dia akhirnya decided untuk tinggal sana secara illegal. Tapi pada 2016, dia ditangkap dan dihantar ke pusat deportasi yang mana dia lepas tu dihantar ke Malaysia pada Januari 2017. 

Pun begitu, Hassan tinggal lebih daripada tiga bulan tempoh visa kat sini. Dia kemudian ambil flight dari KL ke Ecuador pada Februari 2018 tetapi malangnya dia dah dihalang masuk ke negara-negara Amerika Selatan. Dia seterusnya terpaksa menaiki flight ke Cambodia pulak. Tapi sekali lagi Hassan tak dibenarkan masuk. Aduh kesiannya! 

Last-last disebabkan dia tak ada pilihan lain dan duit pun makin berkurang, Hassan akhirnya pulang ke Malaysia walaupun masih hadapi dilema yang sama iaitu dia jugak tak dibenarkan tinggal di sini. 

This Man Has Been Trapped In Klia2 For 37 Days Heres Why World Of Buzz 3
sumber: wob

Kini, Hassan dah tinggal di sini selama 37 hari. Dia memberitahu The Guardian,

“Saya tak tahu nak cakap apa atau buat apa. Saya perlukan penyelesaian, saya perlukan tempat yang selamat di mana saya sah boleh tinggal dan bekerja di situ. Sudah pastinya Syria bukan soalannya sekarang, walaupun saya akan tinggal di sini selamanya.”

Saya tak mahu menjadi salah satu bahagian daripada pergaduhan. Saya tak mahu bunuh sesiapa. Saya tak mahu juga terbunuh. Ia bukan peperangan saya.” 

Hassan akhirnya memilih untuk tidur di bawah tangga dan menggunakan toilet airport untuk mandi dan membasuh pakaiannya pada waktu malam bila tak ada orang di kawasan tu.

This Man Has Been Trapped In Klia2 For 37 Days Heres Why World Of Buzz 4
sumber: wob

Disebabkan Hassan terperangkap di airport, dia menggunakan masa yang ada untuk upload video di Twitter dan hantar emel kepada pelbagai kumpulan hak asasi manusia untuk bantuan.

Dalam pada tu, timbalan pengarah Human Rights Watch Asia ada hubungi pihak berkuasa di Malaysia untuk luluskan United Nation High Commission For Refugees (UNCHR) akses penuh dalam menyiasat kes status pelarian Hassan dan membantunya. Menurut timbalan pengarah tu,

“Pihak berkuasa di Malaysia selalu cakap yang mereka kisah soal pertumpahan darah dalam peperangan di Syria, tapi kes seperti Hassan Kontar akan buktikan sama ada Malaysia betul-betul bersedia untuk selesaikan kes ni dengan segera.” 

This Man Has Been Trapped In Klia2 For 37 Days Heres Why World Of Buzz 5
sumber: wob 

Pihak UNCHR juga ada melawat Hassan. Komen Hassan,

“Mereka (UNCHR) katanya akan study file saya tapi mereka tak letakkan sebarang tempoh masa atau guarantee tentang keputusannya… jadi saya tak tahu berapa lama proses ni akan ambil dan mungkin ia akan ambil masa yang lama.”

Kami berharap pihak berkuasa permudahkanlah usaha untuk bantu Hassan dari situasi yang membelenggunya. Bosan dah dia tinggal lama kat airport tu.

Anda boleh baca keseluruhan artikel The Guardian di sini.

Baca: Memalukan! Lelaki Malaysia Kena Tahan di Melbourne Airport Sebab Simpan 900 Bahan Porno!

Porn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.