in

Memalukan! Lelaki Malaysia Kena Tahan di Melbourne Airport Sebab Simpan 900 Bahan Porno!

31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada je cerita pasal porno kat negara kita ni ye. Kalau dua bulan lepas kita dapat tahu yang Malaysia ni negara nombor satu di Asia Tenggara suka sangat download pornografi kanak-kanak, this time ada cerita yang membuktikan memang ada rakyat Malaysia gemarkan pornografi kanak-kanak.


Menurut mStar, seorang lelaki warga Malaysia kena tangkap kat Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia kerana dikatakan mempunyai ratusan gambar dan video lucah kanak-kanak sewaktu nak masuk dalam negara tu.

Ajolas
sumber: dailymail

Ketika anggota Pasukan Sempadan Australia (ABF) periksa bagasi dan barang kepunyaan jejaka umur 27 tahun ni, dorang jumpa lebih 900 imej dan video pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit lelaki ni. Mak ai banyaknya!

ABF beritahu yang lelaki tu tiba kat Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur 22 Mac and ditahan pada hari yang sama jugak.

“Dia didakwa mengimport barangan Tier 2, iaitu bahan eksploitasi kanak-kanak, melanggar Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901,” kata ABF dalam satu kenyataan semalam.

Adjalhd
sumber: dailymail

“Kanak-kanak jadi mangsa penghasilan bahan-bahan tak senonoh macam ni, dan orang yang terus consume benda-benda mengeksploit kanak-kanak ni pulak sediakan market untuk galakkan lagi pemerdagangan bahan tak elok macam ni.”

Buat masa ni, pegawai terlatih ABF gunakan teknik target dan risikan untuk kesan orang-orang yang nak bawa masuk bahan eksplotasi kanak-kanak ke Australia. Lelaki rakyat Malaysia tu pula dibawa ke Mahkamah Majistret Melbourne dan sekarang kena tahan sampai 29 Jun nanti.

Hukuman maksimum untuk sesiapa yang import ataupun export bahan exploitasi kanak-kanak ni lebih kurang RM543,470 atau 10 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Aduhaaai, memalukan negara betul la macam ni!

Baca: Memalukan! Malaysia Negara Nombor 1 di Asia Tenggara Gemar Download Pornografi Kanak-kanak

Manman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.