in

Terlepas Dos Kedua Pfizer Atau Nak Daftar Booster Dose, Ini Cara Untuk Register & Check Kelayakan

Dos Penggalak Cara Mendaftar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan peningkatan semula kes COVID 19 saban hari, ramai kini mengetahui kepentingan untuk mendapatkan suntikan lengkap vaksin COVID 19 dan juga dos penggalak bagi mereka yang berisiko.


Pun begitu, ramai yang agak ketinggalan bagaimana untuk mendapatkan temujanji tersebut dan ada juga yang terlepas temujanji vaksin dek kerana beberapa kekangan.

 

Cara untuk periksa kelayakan & daftar dos penggalak 

Menerusi satu posting di Facebook, Tan Sri Dr Noor Hisham ada berkongsi cara untuk memeriksa kelayakan dan mendaftar dos penggalak bagi mereka yang berminat.

Malah bagi korang yang terlepas temujanji vaksin jenis Pfizer atau bercadang untuk menerima vaksin juga boleh ikuti cara di bawah.

254580822 451217189698760 6158020005525631619 N

248448066 451217256365420 7112070998676738998 N

259091622 451217173032095 262036660790857074 N

1 Layari laman web protecthealth.com.my dan cari PPV terdekat anda 

2. Korang juga boleh mendaftar melalui PPV walk-in, menelefon pusat PPV atau menghantar email ke PPV. 

3. Nyatakan maklumat lengkap kepada pusat PPV seperti berikut: 

  • Nama 
  • Mykad / Passport 
  • Nombor untuk dihubungi 
  • Tarikh dos kedua 
  • Jenis vaksin 

4. Tunggu pusat PPV hubungi anda 

Harap langkah-langkah ini dapat membantu korang yang ingin mendapatkan vaksin atau dos penggalak dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita lindung diri dan lindung semua. 

Baca: Penerima Vaksin Astrazeneca Bakal Terima Booster Dose Lepas 6 Bulan Dos Kedua – KKM

Hisham

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.