in

Penerima Vaksin Astrazeneca Bakal Terima Booster Dose Lepas 6 Bulan Dos Kedua – KKM

Astrazeneca Booster Dose Dos Ketiga Diluluskan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang penerima vaksin jenis Astrazeneca dan Sinovac? Info ini penting ye buat korang semua!


Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) semalam bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Astrazenca dan CoronaVac sebagai dos penggalak COVID 19 kepada individu 18 tahun dan ke atas.

Astrazeneca

Menurut Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penerima Astrazeneca akan menerima jenis vaksin yang sama (homologous) dan ia akan diberikan selepas sela 6 bulan dos kedua vaksin tersebut.

Bagi CoronaVac (Sinovac) pula, dos penggalak akan diberikan lepas 3 ke 6 bulan daripada dos kedua.

Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan Badan Imunisasi COVID 19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Dr Noor Hisham.

Tambahnya lagi, mesyuarat itu juga telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi vaksin ‘Astrazeneca Solution for Injection’ bagi pengilang ketiga iaitu SK Bioscience Co. Ltd Korea Selatan di mana pemegang pendaftaran bagi vaksin ini adalah Astrazeneca Sdn Bhd.

Sebelum ini, PBKD telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi pengilang pertama iaitu Astrazeneca Nijmegen B.V Netherlands dan pengilang kedua iaitu Siam Bioscience Co, Ltd. Thailand.

So geng Astrazeneca dah ready ke untuk dos ketiga? 

Baca: Pendaftaran Dos ‘Booster’ Dibuka Secara Walk-In Mulai 22 November, Tak Payah Tunggu Lama Dah!

Dos Penggalak

Sumber: Daily Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.