in

TERKINI: Rakyat Brunei & Singapura Dibenarkan Masuk Tanpa Saringan Covid-19 Atau Kuarantin Secara Bersyarat

Feat4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata rakyat Brunei dan Singapura akan dibenarkan masuk ke dalam Malaysia tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).


Border3

Mereka tidak lagi perlu melakukan ujian saringan Covid-19 atau melakukan tempoh kuarantin selama 14 hari. Ini kerana kedua-dua negara itu berada di dalam zon hijau.

Kita telah pun menetapkan Singapura dan Brunei merupakan negara yang boleh dikategorikan sebagai zon hijau, yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.”

Mereka haruslah melakukan ujian Covid-19 di negara asal serta mendapatkan persetujuan pihak berkuasa kedua-dua buah negara sebelum masuk ke negara ini. Selain itu, mereka juga perlu muat turun aplikasi mySejahtera bagi tujuan pemantauan.

Border1

Bagaimanapun, kelonggaran untuk membuka pintu sempadan kepada negara jiran itu tertakluk kepada syarat timbal balas dari Singapura dan Brunei.

Kita mahu rakyat kita juga diberi kelonggaran sama untuk masuk ke Singapura dan Brunei, justeru perkara ini masih dalam perbincangan lanjut antara Wisma Putra bersama rakan sejawatan masing-masing.”

Kita akan tunggu apa perkembangan lanjut berhubung rundingan ini dan sebarang persetujuan yang berupaya dicapai akan dimaklumkan kepada umum.”

Baca: [TERKINI] Dah Boleh Duduk Lebih 4 Orang Satu Meja – Ismail Sabri

Makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.