in

Bajet 2023 Dibentang 4 Petang Ini, Pertemuan Dengan Agong Tiada Kaitan Pembubaran Parlimen

Tengku Zafrul Bentang Bajet 2023 Tak Jadi Bubar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bertiup kencang semalam, desas-desus yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bakal memohon perkenaan yang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen.


Walau bagaimanapun, terbaru semalam, Istana Negara telah memuat naik posting di Facebook menyatakan bahawa pertemuan baginda dengan Perdana Menteri hanyalah untuk mesyuarat Pra-Kabinet yang merupakan aktiviti mingguan untuk membincangkan urusan dan isu berkaitan kerajaan.

6 Oktober 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’…

Posted by Istana Negara on Thursday, October 6, 2022

 

Bajet 2023 akan dibentang hari ini 

Susulan PM tidak memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk bubarkan Dewan Rakyat semasa menghadap di Istana Negara semalam, Bajet 2023 akan dibentangkan pada jam 4 petang hari ini, lapor Harian Metro.

Ia akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

Yb Menteri Kewangan Malaysia Tengku Dato Sri Zafrul E1616936563782

Menerusi perkembangan terbaru ini, tidak dapat dipastikan sama ada kepimpinan UMNO yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih mahu mendesak supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas Bajet 2023 dibentang atau diluluskan kelak.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda juga menyatakan keprihatinannya terhadap kebimbangan pelbagai pihak berhubung ancaman banjir dan bencana ketika musim Monsun Timur Laut tahun ini.

6 Oktober 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan…

Posted by Istana Negara on Wednesday, October 5, 2022

Ini juga terserlah apabila baginda melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di Ampang, pagi semalam.

Korang rasa Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat ini atau tidak? 

Baca: PM Bakal Menghadap Agong, Akan Bincang Tarikh Pembubaran Parlimen ‘Kalau Sempat’

Collage 13

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.