in

[TERKINI] Dah Boleh Duduk Lebih 4 Orang Satu Meja – Ismail Sabri

Makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa rakyat kini boleh duduk lebih empat orang dekat satu meja kalau makan di restoran hari ini.


Secara langsungnya peraturan “maksimum empat orang setiap meja” itu dibubarkan. Bagaimanapun menurut beliau…

 

Masih kena patuh SOP

Rakyat haruslah mengamalkan penjarakan sosial dan ia bergantung kepada ruang yang ada pada meja itu.

Kalau meja itu boleh muat 10 orang, maka 10 orang lah boleh duduk disitu, berbanding dengan SOP sebelum ini yang wajib terhad kepada 4 orang. Tambahnya dalam satu kenyataan menerusi Malaysiakini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menekankan pentingnya memastikan jaga jarak dijaga antara setiap individu yang berada di lokasi tersebut.

Jadi sekarang ni boleh lah makan lunch dengan officemate ramai sikit. Tapi ingat jangan pula satu meja yang muat 6 orang, korang pergi ambil kerusi meja kosong sebelah tambah kat situ.

 

Baca : TERKINI : Gimnasium Dibenar Beroperasi Semula 15 Jun Ini – Ismail Sabri

Gym 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.