in

Tak Sesuai, Guru Berpolitik Boleh Jejaskan Kualiti Pendidikan Negara- Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye

Fi Politik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran para guru dan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) untuk kembali berpolitik berkuatkuasa serta merta, lapor Berita Harian.


Berita ini telah mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat negara ini. Seorang aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata bahawa pengumuman tersebut didakwa terlalu drastik dan tidak sesuai kerana dikatakan tugas hakiki para guru masa kini sahaja sudah cukup membebankan.

Katanya lagi keputusan tersebut perlu dikaji semula atau dibahaskan di peringkat Parlimen kerana tugas guru untuk menggalas tugas sebagai seorang pendidik dalam masa yang sama sebagai ahli politik boleh memberi kesan kepada masa depan anak bangsa.

Tambah beliau, keputusan drastik tersebut perlu dikaji semula kerana ia boleh memberi kesan kepada semua pihak termasuk generasi akan datang. Tugas seorang guru di bilik darjah menuntut pelbagai cabaran ditambah lagi negara berdepan dengan pandemik Covid-19 yang memberi impak kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada sistem pendidikan negara.

“Apabila guru dibenarkan terbabit dalam bidang politik, ini boleh mewujudkan situasi tegang dan menjejaskan kualiti pendidikan sekiranya mereka gagal membahagikan antara tugasan hakiki dan politik,” kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Selain itu, pembabitan aktif seseorang guru dalam politik dikatakan boleh mencetuskan konflik antara rakan seperjuangan dan pentadbir sekiranya tiada kefahaman yang sama antara mereka. Justeru, ia boleh memberi kesan dalam sistem pendidikan negara yang sepatutnya memberi fokus dalam melahirkan generasi masa depan cemerlang dan berkualiti tinggi.

“Saya berharap perkara ini dapat ditimbang semula memandangkan kita bukanlah terhad masa atau keperluan golongan guru untuk berpolitik,” katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, berharap agar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meletakkan garis panduan yang konsisten bagi memastikan tiada isu bertentangan membabitkan sekolah dan pelajar sekiranya keputusan itu diteruskan.

Di samping itu, orang ramai juga dilihat kebanyakannya telah menyuarakan rasa tidak senang mereka berkaitan isu ini di laman sosial sebaik sahaja pengumuman dilakukan oleh Perdana Menteri kelmarin.

Baca: “Isu dah bertahun” -[VIDEO] Murid Sekolah Nyaris Tersungkur Kendong Beg Berat Naik Tangga, Netizen Minta ‘Solution’

Baca Politik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.