“Saya arahkan mana-mana menteri yang sedang bercuti di luar negara balik segera” – PM

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya arahkan mana-mana menteri yang sedang bercuti di luar negara balik segera” – PM

Batalkan dan balik segera! Itu adalah arahan tegas daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri kepada mana-mana menteri yang berhasrat dan sedang bercuti di luar negara.

Mana yang ada di luar negara, balik segera!


Kenyataan itu dibuat menerusi Facebook rasmi miliknya, beliau berkata, ia bertujuan untuk membantu Keluarga Malaysia yang kini berada dalam kesusahan.

Bantuan Wang Ihsan RM 5,000 naik kepada RM 10,000 buat waris mangsa banjir yang terkorban

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri yang ada melawat PPS untuk membuat tinjauan kepada mangsa-mangsa banjir hari ini juga mengumumkan bahawa Bantuan Wang Ihsan yang sebelum ini bernilai RM 5,000 telah dinaikkan sebanyak RM 10,000.

Katanya, kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan secara terus sebanyak RM 50 juta kepada dua negeri iaitu Pahang dan Selangor.

“Kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan secara terus sebanyak RM50 juta kepada dua negeri iaitu Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat banjir. Manakala bagi negeri-negeri lain yang terjejas banjir, kerajaan akan menyalurkan peruntukan berdasarkan kerosakan yang berlaku.”

Sementeara itu, bagi pasca banjir seperti kerja pembersihan rumah, beliau akan minta GLC dan GLIC untuk menggerakkan program bantu keluarga yang terkesan seperti kerja pembersihan dan sebagainya.

Beliau juga akan mengarahkan Kementerian Multimedia dan Komunikasi untuk mempercepatkan pemulihan telekomunikasi di kawasan terjejas agar dapat membolehkan ahli keluarga ketahui status ibu bapa, sanak saudara melalui panggilan video dan sebagainya.

Baca : [TERKINI] KPM Tangguh Seminggu Pembukaan Sekolah, 9 Januari Sekolah Kembali Dibuka

Kpm Tangguh Sesi Persekolahan Seminggu

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya arahkan mana-mana menteri yang sedang bercuti di luar negara balik segera” – PM
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-arahkan-mana-mana-menteri-yang-sedang-bercuti-di-luar-negara-balik-segera-pm-2/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM