in

“Saya nak pergi berehat sebentar dengan keluarga” – Najib

61413795260 950X600

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial tentang bekas Perdana Menteri kita dan isterinya yang didakwa mahu lari ke Indonesia selepas tularnya jadual penerbangan mereka. Pagi tadi, Datuk Seri Najib sendiri memaklumkan menerusi laman Facebook rasminya bahawa beliau mahu pergi berehat bersama keluarga.


Difahamkan beliau akan pergi bercuti sebentar bersama dengan keluarganya yang dah lama tidak berjumpa dek kerana sibuk dengan soal kerja. Dalam perkongsian itu juga, beliau memaklumkan selepas lebih empat dekad dalam politik, kempen pilihan raya baru-baru ini adalah mungkin yang paling sengit dalam sejarah Malaysia.

Db2E
sumber: blog

“Saya dan rakan-rakan Barisan Nasional menghormati kehendak rakyat dan akan memudahkan pemindahan kuasa dengan lancar.”

“Kepentingan terbaik Malaysia dan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan saya, dan saya berhasrat untuk terus berkhidmat kepada mereka dalam apa jua kapasiti yang saya dapat.”

Pengerusi Barisan dan presiden UMNO turut mengatakan bahawa beliau berdoa agar negara ini terus bersatu selepas tempoh perpecahan dan meminta maaf atas sebarang kelemahan dan kesilapan. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas peluang untuk memimpin Malaysia selama beberapa tahun ini.

Apa-apa pun kami ucapakan yang terbaik untuk Datuk Seri Najib 🙂

Baca: [TERKINI] Bekas PM dan Isteri Nak Lari?

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.