in

TERKINI: Kerajaan Sarawak Hadkan Pergerakan Perjalanan Antara Zon, Perlu Dapat Kebenaran Polis

Sarawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan kes COVID-19 di negeri Sarawak baru-baru ini sangat membimbangkan ramai. Menurut Sarawak Voice, sehingga Ahad lepas, sebanyak 650 jangkitan COVID-19 dengan 19 kematian dicatatkan di negeri tersebut.

Berikutan peningkatan kes, kerajaan Sarawak telah mengambil langkah proaktif untuk mengekang penularan wabak terutamanya di Bandaraya Kuching.


Menerusi sidang media yang diadakan Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, kerajaan pusat telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara zon di Sarawak dari 1 Ogos hingga 14 Ogos 2020. 

Fw1064866 Kl31 21072020 Pc Lpr 960X720 1

    • Zon 1: Bahagian Kuching, Serian, dan Samarahan (Zon Kuning / Merah)
    • Zon 2: Bahagian Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang (Zon Hijau)

Mana-mana individu yang ingin bergerak antara zon hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak PDRM, manakala pergerakan antara zon dibenarkan.

Jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke Sarawak juga akan dikurangkan mulai 1 hingga 14 Ogos ini.

Baca: TERKINI: Rakyat DIBENARKAN Rentas Negeri, Sambutan Aidiladha Di Rumah Hanya 20 Tetamu SAHAJA Pada Satu Masa

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.