in ,

[TERKINI] Hari Ini Mencatatkan 7 Kematian Manakala Kes Baru Covid-19 Adalah Sebanyak 150

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 150 kes baru dilaporkan hari ini (29 Mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 2,470 kes.


Manakala 73 pesakit di ICU (52 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).

7 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 34 kes.

  • Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat PPUM pada 26 Mac 2020 dan meninggal dunia 28 Mac, jam 8.48am.
  • Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) wanita tempatan 64thn. Latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi. Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Ma, jam 10.15 malam.
  • Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.
  • Kes kematian ke ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki tempatan berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Dirawat PPUM pada 27 Mac 2020 danmeninggal dunia pada 28 Mac 2020.
  • Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) lelaki tempatan berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac dan meninggal 28 Mac jam 7.44pm.
  • Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.
  • Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Kulala Lumpur pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal 29 Mac jam 10.40am.

68 kes telah pulih menjadikan jumlah sembuh sepenuhnya sebanyak 388 kes.

 

Baca: [TERKINI] 159 Kes Baharu Covid-19 & 73 Pesakit Dalam ICU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.