in

[TERKINI] 159 Kes Baharu Covid-19 & 73 Pesakit Dalam ICU

Noor Hisham Abdullah 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 159 kes baru dilaporkan hari ini (28 Mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 2,320 kes.


Manakala 73 pesakit di ICU (54 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).

1 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 27 kes.

  • Kes kematian ke-27 (kes ke-2162 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 sebelum dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

61 kes pulih menjadikan jumlah sembuh sebanyak 320 kes.

Baca: [TERKINI] 130 Kes Baru & Pertambahan 2 Kematian Menjadikan Jumlah Sebanyak 26 Kes

20200322Cm11 Noor Hisham Abdullah Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.