Selepas khabar berita yang mencemaskan ramai peminat dan rakan artis kerana dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan, pelawak popular, Amir Raja Lawak akhirnya tampil berkongsi khabar gembira mengenai tahap kesihatannya.
Menerusi satu hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya, Amir meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan bahawa dia kini tidak lagi menggunakan bantuan oksigen.
Artikel berkaitan : “Kini menunggu giliran di ICU…” – Amir Raja Lawak Kini Di Hospital, Jangkitan Paru-Paru
Artikel berkaitan : Amir Raja Lawak Jual Besi Buruk Dapat RM18, Tegur Sikap ‘Si Kaki Inbox’ Minta Sumbangan?
Dalam perkongsian foto tersebut, kelihatan Amir yang memakai pakaian hospital duduk di atas kerusi roda sambil tersenyum ke arah kamera, selain memuat naik foto close-up wajahnya.
Walaupun sudah menunjukkan perkembangan positif, pelawak itu mengakui fizikalnya masih lemah dan belum mampu bergerak aktif seperti biasa.
“Alhamdulillah. Dah tak pakai oksigen. Cuma tak boleh berjalan atau bercakap banyak lagi ni. Saya cuba berjalan, tapi 2 langkah pun semput cari nafas.”
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, Amir turut menjelaskan mengenai kesan gelap atau lebam yang jelas kelihatan di bahagian dahi serta batang hidungnya menerusi gambar yang dikongsikan itu.
Menurutnya, tanda berkenaan merupakan kesan pemakaian topeng mesin bantuan pernafasan (BIPAP Machine) sewaktu dia dirawat di ICU baru-baru ini.
“Kat dahi dengan hidung tu kesan pakai BIPAP Machine masa kat ICU. Katanya saya kena sental dengan Vaseline nanti, untuk bagi clean dan nampak natural balik.”
Meskipun masih dalam proses pemulihan, Amir tetap kekal positif dan sempat berseloroh bahawa dia sudah bersedia untuk kembali aktif berinteraksi serta bergurau senda dengan pengikutnya di media sosial, namun memohon maaf kerana tidak dapat membalas kesemua komen seperti dahulu.
Menjengah ke ruangan komen yang kini dibanjiri ratusan ucapan daripada warga maya, rata-rata peminat serta rakan selebriti meluahkan rasa lega melihat perubahan positif Amir selain mendoakan agar urusan penyembuhannya dipermudahkan.
Sumber : Instagram
