“Pengantin siap face shield lagi” – Netizen Bandingkan Wedding Anak Kris Dayanti Dengan Artis Malaysia Sebab…

Tambah ke Sumber Pilihan
“Pengantin siap face shield lagi” – Netizen Bandingkan Wedding Anak Kris Dayanti Dengan Artis Malaysia Sebab…

Perkahwinan anak Kris Dayanti dan Anang Hermansyah, Aurelie Hermansyah bersama pasangannya, Atta Halilintar adalah antara yang dinanti-nantikan peminat industri hiburan Indonesia.

Semalam, pasangan ini telah dinikahkan oleh Anang di Hotel Raffles, Setabudi, Jakarta Selatan. Lebih istimewa, majlis resepsi mereka dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo yang turut menjadi saksi pernikahan.


Majlis meriah itu mendapat perhatian sehingga ke Malaysia dan ramai netizen yang memberi komen masing-masing selepas gambar perkahwinan pasangan berkenaan viral di Twitter.

Melalui tweet tersebut, netizen memuji kerana majlis itu mengikut SOP ditetapkan di mana Pak Jokowi, tetamu dan pengantin juga dilihat memakai face shield sepanjang masa terutamanya ketika bergambar.

Rata-ratanya turut membandingkan majlis perkahwinan pasangan selebriti Indonesia itu dengan majlis diadakan artis di Malaysia. Netizen memuji kerana pasangan itu dan ibu bapa pengantin perempuan yang juga merupakan selebriti terkenal menggunakan pengaruh mereka untuk influence rakyat dengan menunjukkan contoh yang baik.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menegur cara penganjur majlis scan suhu tetamu di bahagian tangan, bukan di dahi. Ada  yang berkata, di Indonesia juga terdapat isu ‘double standard’ di mana orang kaya mudah untuk mendapat kelulusan membuat majlis.

Beberapa gambar menunjukkan rakyat biasa mengadakan majlis perkahwinan di mana pengantin sendiri turut mengikut SOP memakai pelitup muka walaupun ketika bergambar di pelamin.

MajlisSumber: Twitter

Isu double standard dan majlis perkahwinan selebriti tidak mematuhi SOP sudah menjadi bualan netizen sekian lama. Bermula dengan majlis perkahwinan Neelofa dan suami serta terbaru, majlis pasangan pengantin baru Ernie Zakri dan Syamel di mana ramai rakan artis hadir dan tidak mematuhi SOP.

Baca: “Yang itu, no comment” – Hadir di Majlis Nikah Neelofa, Datuk Seri Zulkifli Enggan Ulas Ketika Ditanya Tentang Pelanggaran SOP

Ft Lofa

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Pengantin siap face shield lagi” – Netizen Bandingkan Wedding Anak Kris Dayanti Dengan Artis Malaysia Sebab…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pengantin-siap-face-shield-lagi-netizen-bandingkan-wedding-anak-kris-dayanti-dengan-artis-malaysia-sebab/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM