in

“Tajuk misleading” – YouTuber Indonesia, Atta Halilintar & Isteri Dikecam Lepas Kongsi Video ‘Malam Pertama’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya belum terlambat lagi kalau kita nak ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan YouTuber terkenal dari negara seberang iaitu Aurel Hermanshah dan Atta Halilintar yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.


Namun, kali ini pasangan ini telah menerima kecaman hebat daripada netizen setelah berkongsi video bertajuk ‘malam pertama’ mereka di akaun YouTube Atta Halilintar. Jangan salah faham, takde unsur-unsur pelik yang telah ditonjolkan dalam video berkenaan sebab hanya tajuk video je yang berbunyi macam tu.

Dalam video itu, pasangan ini telah merakam aktiviti selepas selesai majlis resepsi macam minum teh dan mengeringkan rambut selepas mandi.

Menurut media matamata.com, walaupun video tu tak ada unsur lucah, namun Fritz Haryadi iaitu Ketua PW PERGUNU (Persatuan Guru Naddlatul Ulama) berpendapat konten macam ni tak patut ditunjukkan sebab rata-rata subscribers YouTuber ini adalah remaja. Betul jugak tu, takut nanti ada yang salah faham pulak. 

Dia juga berkongsi cerita tentang rata-rata pelajar isterinya yang merupakan seorang guru bahasa Inggeris yang menjadi subscribers saluran YouTube Atta. Mereka mengaku yang dorang ni suka konten prank dan tunjuk kereta-kereta mahal. 

Lima juta penonton dalam tempo 24 jam. Tentu tidak ada konten porno, platform melarangnya; tapi ini menambah dosis baru dalam asupan kebodohan yang sudah terlalu lama dicekokkan kepada generasi muda kita, “ katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Beberapa buah video pengantin baru itu telah ditayangkan di YouTube beberapa hari lalu. Antaranya ialah Malam Pertama Atta Aurel, Kamar Malam Pertama Atta Aurel Kamar Raja Salman dan Malam Pertama Aurel di Rumah Atta.

Namun, tinjauan ke ruangan komen video terbabit mendapati rata-rata penontonnya mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Ada juga netizen yang kata kedua-duanya nampak tulus mencintai satu sama lain.

Sehingga kini, ada antara video terbabit telah meraih sebanyak 6.2 juta tontonan. Apa-apa pun, kalau follow social media influencers ni, jangan lupa contohi yang baik-baik je. Yang tak elok tu jangan ikut. 

Baca: “Terima kasih udah tunjukin posisi keadilan di negeri ini” – Rupanya Rakyat Indo Bengang Jokowi Datang Majlis Kahwin Selebriti 

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.