in

Terima Anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak, Pandelela Kini Bergelar Datuk

2Lela

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan ratu terjun negara, Pandelela Rinong. Nama yang sudah tidak asing dan kerap kali mengharumkan nama negara di pentas dunia itu dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk.


Screenshot 2021 10 09 At 11.59.52 Am

Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik akan menerima anugerah tersebut sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, selain bekas juara terjun dunia itu, turut terlibat dalam dalam penganugerahan itu adalah 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat yang lain.

Screenshot 2021 10 09 At 12.01.06 Pm

Untuk rekod, Pandelela adalah atlet kedua yang menerima gelaran Datuk pada tahun ini selepas Datuk Azizulhasni Awang menerima anugerah itu sebelum membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

Kami dari Lobak Merah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Pandelela Rinong atas penganugerahan ini. Tahniah Datuk!

 

Baca: “That’s very Malaysian” – [VIDEO] Footage Pandalela Dikatakan Tersebut B*bi Buat Ramai Terhibur

Screenshot 2021 10 09 At 12.07.10 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.