in

“Kenangan manis buat saya” – Ayda Jebat Terima Anugerah Bintang Cemerlang Melaka

Ft Ayda Jebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa syukur dan teruja apabila penyanyi lagu Pencuri Hati ini dikurniakan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Menurut sumber, dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka itu, Ayda merupakan salah seorang daripada 431 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, Sesi Kedua di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.


Artikel berkaitan : “Hi, please call me” – Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Suami Kena Kacau Dengan Lelaki Depan Mata

Artikel berkaitan : Ayda Jebat Simpati Tengok Kaki Netizen Melecet, Sanggup Beli Semula Kasut RM 638

Kenangan manis buat saya  – Ayda Jebat

Sebagai anak jati Melaka, Ayda mengatakan anugerah tersebut merupakan satu kenanagan manis buat dirinya.

“Alhamdulillah syukur.. Terima kasih Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, atas penganugerahan Pingat Bintang Cemerlang Melaka yang diberi istimewa sempena Ulangtahun ke-77.”

Screenshot 2026 08 26 155744

“Terima kasih juga kepada CM Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, dan tahniah kepada semua penerima anugerah.”

Screenshot 2026 08 26 155808

Dalam perkongsian menerusi Instagram miliknya, ramai rakan artis yang memberikan ucapan tahniah buat Ayda dan tumpang gembira melihat Ayda Jebat menerima anugerah tersebut.

Sumber : Sinar Plus / Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.