fbpx
in

“Tarikh baru akan diumumkan kelak” – Gelembung Pelancongan Di Tioman, Genting Highlands Ditangguhkan

Ft Img Gelembung Pelancongan Genting Tioman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengurus Besar Tourism Pahang semalam telah mengeluarkan satu kenyataan yang mungkin mengecewakan ramai yang telah merancang untuk ke Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dijadualkan sebelum ini akan dibuka pada 1 Oktober dibawah gelembung pelancongan.


Menurut Kamaruddin Ibrahim selaku Pengurus Besar Tourism Pahang itu, keputusan ini dilakukan susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Difahamkan, pihak Tourism Pahang akan mengumumkan tarikh baru berkenaan pembukaan dua destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia tersebut. Setakat ini, hanya penduduk negeri Pahang sahaja yang dibenarkan ke destinasi pelancongan di negeri tersebut.

Pulau Tioman

“Bagi pelancong luar yang sudah membuat tempahan kami minta mereka hubungi pengusaha pelancongan masing-masing untuk tindakan lanjut, sama ada tangguh atau sebagainya”

Selain itu, Kamarudin turut meminta orang ramai yang telah membuat tempahan menerusi agensi pelancongan atau tempahan secara terus untuk menghubungi semula pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya sama ada menangguh tempahan dan sebagainya.

Sebelum ini, media melaporkan tiga lagi destinasi akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik selepas Pulau Langkawi. Menurut cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) destinasi yang dipilih adalah Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka.

Genting

Menjawab tentang perlaksanaan SOP di Pulau Tioman, difahamkan kesemua pengunjung haruslah lengkap dua dos vaksin selain perlu mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 masing-masing sebelum menaiki feri di pintu masuk utama Terminal Feri Jeti Teluk Gading (dahulunya Tanjung Gemok).

Tambahnya lagi, sekiranya pengunjung ingin melakukan saringan kendiri, mereka boleh membeli kit ujian kendiri di jeti atau di tempat lain, namun ujian mesti dilakukan di terminal jeti manakala individu yang telah melakukan ujian di klinik perlu membawa surat keputusan ujian untuk diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri.
Langkawi Lengang Sunyi
Sumber: BH Online
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top