in

“Yang duk kecoh tu dah sampai sini ke?” – Wanita Tunjuk ‘Keadaan’ Lengang, Nafi Dakwaan Langkawi Padat

Langkawi Lengang Sunyi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Langkawi dibuka dan rakyat dibenarkan untuk melancong ke tempat pelancongan tersebut, ianya menjadi perbualan hangat netizen terutamanya di media sosial.


Ada yang membincangkan tentang kerisauan masing-masing kerana sudah tentunya Langkawi akan menjadi padat dipenuhi dengan pengunjung. Sesetengah pula menyuarakan pendapat masing-masing tentang pengunjung yang diharap dapat mematuhi SOP yang ditetapkan supaya tidak berlaku penularan wabak Covid-19 di sana.

Langkawi

 

Langkawi tak padat pun…

Bagaimanapun, seorang wanita yang telah pergi berkunjung ke Langkawi baru-baru ini berkongsi dan menunjukkan realiti sebenar keadaan di sana. Menurutnya, tanggapan orang ramai tentang lokasi itu padat tidak benar sama sekali dan sebaliknya Langkawi masih lengang serta sunyi.

Sehari dua ni, kecoh duk bising bising Langkawi tu ramai, penuh orang pakat duk gi bersumbat sumbat. Sebenarnya yang duk kecoh kecoh tu dah sampai ke kat Langkawi tu?”

Duk bising bising tu tengok gambar je pun. Bukannya dah pergi sendiri. Tengok pic orang share lepas itu terus buat andaian.”

Langkawi4

Langkawi5

Langkawi6

 

Banyak tempat lengang dan sunyi

Katanya lagi, ketika berada ke sana dan sepanjang percutiannya, banyak tempat yang dikunjungi sunyi dan kosong, berbeza dengan apa yang dihebahkan netizen di media sosial. Bukan setakat di kedai dan lokasi tumpuan tetapi lapangan terbang juga sunyi selain tempat duduk di dalam pesawat masih banyak kosong.

Start dari airport, kedai makan,jeti ,tepi pantai dan tempat membeli belah, semua sepi. Nak balik pun sama, airport sunyi. Seat atas flight pun banyak yang kosong.”

Langkawi1

Langkawi8

Langkawi9

Menurutnya, kita perlu membiasakan diri hidup bersama virus memandangkan negara akan bertukar kepada endemik tidak lama lagi. Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada individu untuk menjaga diri sendiri dan mematuhi SOP ditetapkan tak kira ke mana saja.

Yang penting kena pandai bawa diri ,jaga SOP, mask kena selalu pakai, sanitizer WAJIB bawa, balik hotel terus tukar baju mandi. Tak kira mana-mana tempat sekali pun, sentiasa alert dan jaga kebersihan diri sendiri.”

Sejujurnya saya kesian tengok peniaga kat sana, bila tular cerita yang negatif macam ni, sedikit sebanyak akan menganggu ekonomi mereka, orang luar jadi takut dan tak berani nak pergi sana,bila org pakat duk share benda yang tak betul.”

Baca: “Dah tak reti pakai mask leklok ke?” – Seronok Pergi Langkawi, Netizen Geram Aliff Syukri Pakai ‘Mask’ Bawah Dagu

Netizen Geram Aliff Syukri Pergi Langkawi Tak Pakai Mask Properly E1631859273594

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.