Hantaran seorang pengguna laman X dari Indonesia tular di media sosial selepas dia memuat naik gambar paparan iklan pelancongan Malaysia yang dipasang di dalam sebuah gerabak kereta api di negara berkenaan.
Pengguna tersebut menyuarakan rasa hairan mengapa kempen promosi pelancongan Malaysia boleh ‘menawan’ ruang pengangkutan awam di Indonesia, sedangkan negara mereka sendiri turut memerlukan promosi yang agresif.
Artikel berkaitan: “Mau masuk tapi blacklist” – Akaun TikTok Didakwa Bawa PATI Indonesia Ke Malaysia Naik Speedboat?
Artikel berkaitan: Netizen Indonesia Persoal Mengapa F1 Pilih Litar Sepang Berbanding Mandalika, Ini Sebabnya…
Kenapa kita promosiin Malaysia ya?
Padahal negara sendiri jg butu di promosiin🫣 pic.twitter.com/g9N3t3LZzH— Febriani, Tasya (@tasyaFP) August 9, 2026
“Kenapa kita promosikan Malaysia ya? Padahal negara sendiri juga perlu dipromosikan,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.
Hantaran itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada warganet Indonesia sendiri. Sebahagian besar daripada mereka tampil menjelaskan bahawa paparan iklan tersebut merupakan urus niaga perniagaan biasa yang memberi keuntungan kepada syarikat kendalian kereta api di sana, Kereta Api Indonesia (KAI).
Malah, ada juga warganet dari negara jiran itu yang memuji kesungguhan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia dalam mempromosikan destinasi menarik tempatan secara habis-habisan di peringkat antarabangsa.

“Ya, Kementerian Pelancongan Malaysia kerja betul, promosi ke negara-negara sasaran supaya mereka bercuti ke sana. Kalau di sini ya entah orang kementerian boleh kerja atau tidak,” seloroh seorang warganet di ruangan komen.
Malah ada yang turut menambah bahawa kempen promosi pelancongan dari Malaysia bukan sahaja meluas di Indonesia, malah peruntukan iklan yang besar turut kelihatan sehingga ke negara Jepun.
Pun begitu, dalam hantaran yang sama terdapat beberapa replies yang menjelaskan bahawa Indonesia juga pernah mempromosikan negara mereka di luar negara seperti di Itali dan United Kingdom.
Warga UK, Perancis, Australia & Italia: “Kenapa kita promosiin Indonesia ya? Padahal negara sendiri jg butuh dipromosiin🫣” pic.twitter.com/hY8XdfKuSo
— Penerbang Kroket (@topkoleksyen) August 9, 2026
Sumber: X
