Pusat peranginan popular Genting Highlands hari ini kecoh apabila gempar mengenai satu kejadian rompakan membabitkan sebuah kedai emas di dalam pusat beli-belah di sana.
Dakwaan berkenaan mula tular di lamann Threads, selepas beberapa pengunjung berkongsi maklumat dan rakaman video yang menunjukkan keadaan semasa di lokasi kejadian.
Menurut seorang pengunjung, insiden itu telah menyebabkan kawasan peranginan tersebut dikenakan sekatan pergerakan sementara oleh pihak berkuasa yang terlibat bagi mengesan suspek.
View on Threads
Pengunjung yang berada di lokasi turut memaklumkan pergerakan keluar dari kawasan peranginan berkenaan disekat seketika bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.
Ekoran insiden berkenaan, laluan keluar dan arah turun dari Genting Highlands mengalami kesesakan teruk.
View on Threads
Artikel berkaitan: Selamba… 2 Lelaki Bawa Beg ‘E-hailing’ Larikan 15 Dulang Barang Kemas Bernilai RM60,000
Artikel berkaitan: Pemandu E-hailing ‘Pening’! Pelancong Asing Berdegil Nak Bayar Tambang Guna Rupee
Ada yang mendakwa terperangkap di dalam kenderaan masing-masing selama hampir dua jam akibat sekatan jalan raya oleh pihak polis.
Pihak berkuasa dikatakan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan termasuk bahagian bonet ketika melalui sekatan jalan raya.
Namun begitu, setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung dakwaan terbabit termasuk lokasi sebenar kejadian, jumlah kerugian serta sama ada kesesakan yang berlaku mempunyai kaitan dengan insiden itu.
Sumber: Threads
