Pemandu E-hailing ‘Pening’! Pelancong Asing Berdegil Nak Bayar Tambang Guna Rupee

Tambah ke Sumber Pilihan
Pemandu E-hailing ‘Pening’! Pelancong Asing Berdegil Nak Bayar Tambang Guna Rupee

Seorang pemandu e-hailing berkongsi pengalaman mencabar apabila tiga penumpang pelancong asing didakwa mahu membayar tambang menggunakan mata wang rupee India.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Johnny Dickson di Group Facebook GrabCar Drivers & Others E-Hailing, katanya kejadian itu ketika ketiga-tiga penumpang terbabit menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Genting Highlands, Pahang.


Menurutnya, masalah mula tercetus apabila penumpang berkenaan didakwa enggan membayar caj tol yang perlu ditanggung sepanjang perjalanan.

“Mula-mula tempah hendak ke Genting, tetapi boleh bergaduh sebab tak mahu bayar tol.

“Lepas itu bayar tambang pula mahu dibuat menggunakan duit rupee (India),” dakwanya menerusi hantaran tersebut.

Difahamkan, keadaan menjadi semakin tegang sehingga pemandu berkenaan mengambil keputusan membawa ketiga-tiga penumpang itu ke sebuah balai polis berhampiran bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, lokasi balai polis berkenaan tidak didedahkan dalam perkongsian tersebut.

Artikel berkaitan: “Bikin malu orang Sabah” – Pelancong Asing Rakam Peniaga Di Semporna Cuba Tipu Ketika Beli ‘Seafood’

Artikel berkaitan: “Dia meraung” – Pemandu E-Hailing Kongsi Kisah Sedih Penumpang, Ahli Keluarga Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Hospital

Hantaran pemandu e-hailing itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial dengan meraih lebih 800 perkongsian.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan bijak lelaki itu yang membawa penumpang berkenaan ke balai polis sebagai jalan penyelesaian.

Screenshot 2026 07 09 174716 Screenshot 2026 07 09 174734

Dalam pada itu, ada juga pemandu e-hailing lain berkongsi pengalaman masing-masing berdepan kerenah penumpang yang tidak mahu menjelaskan bayaran tol.

Sumber: Kosmo!

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pemandu E-hailing ‘Pening’! Pelancong Asing Berdegil Nak Bayar Tambang Guna Rupee
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pemandu-e-hailing-pening-pelancong-asing-berdegil-nak-bayar-tambang-guna-rupee/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM