Kerana tindakan tidak bertanggungjawab pemandu trak tunda, pengguna jalan raya lain turut menerima padahnya. Jika anda selalu gunakan Lebuhraya Karak, berhati-hatilah semasa memandu.
Banyak kes kenderaan terbabas akibat tumpahan minyak di atas jalan lebuhraya tersebut dilaporkan berlaku.
Bala MK telah membongkarkan taktik kotor geng penipu trak tunda itu di Facebook kerana tidak mahu sesiapa lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Di dalam status tersebut, sejumlah 4 buah kenderaan telah menjadi mangsa sabotaj di kilometer 75, Lebuhraya Karak angkara geng tersebut.
Semua kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan kerana jalan yang licin telah menyebabkan mereka terlanggar penghadang jalan.
Selepas melihat kawasan kejadian, terdapat bekas plastik berisi minyak yang diletakkan secara strategik di atas jalan sebagai taktik untuk ‘menangkap’ mangsanya.
Beberapa netizen lain juga berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan geng tersebut di bahagian komen.
“2/7/17 – Kawan aku z1000 kemalangan di kilometer 74 , ngam-ngam dalam gambar tu. Kes kereta dari lorong kanan licin terbabas masuk lorong kiri hentam kawan aku dari belakang. Masa aku jalan kat area situ, kasut aku licin, memang sah orang tuang minyak. Tak sampai 5 minit kemalangan, ada geng towing berhenti kat tempat kejadian.”
Kejadian ini bukanlah kali pertama terjadi dan ternyata ramai pengguna jalan raya lain yang pernah terbabas akibat taktik mereka itu.
“Benda ni dah lama berlaku di Lebuhraya Karak ni, dah banyak nyawa melayang akibat dari perbuatan ni tapi tiada apa-apa tindakan dari pihak berwajib. Sampai bila perkara ni nak berterusan.”
Bagi mereka yang selalu menggunakan Lebuhraya Karak, pandulah dengan selamat supaya kemalangan sebegini tidak terjadi pada anda!
Baca : Lelaki Beri Peringatan Tentang Taktik Kotor Trak Tunda Tipu Pengguna Jalanraya