Lelaki Beri Peringatan Tentang Taktik Kotor Trak Tunda Tipu Pengguna Jalanraya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mulai hari ini, sudah pasti ramai di antara warga kota bertolak pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Bagi yang menggunakan kenderaan sendiri, anda mungkin kena lebih berhati-hati.

Menerusi perkongsian Mohamad Haris Said di laman Facebook, dia bersama keluarganya bergerak pulang ke kampung di Taiping pada 20 Jun lepas. Mereka kemudian berhenti di kawasan rehat jejantas Sungai Buloh untuk makan di KFC.

Selepas selesai makan, mereka kembali bergerak untuk meneruskan perjalanan. Namun tak sampai 1 km perjalanan, suhu kenderaan naik secara tiba-tiba.



Bimbang dengan keadaan kereta, dia mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan. Pun begitu, tidak sampai lima minit di situ tingkap keretanya diketuk seorang lelaki yang mungkin berniat untuk menolong.

Kereta rosak ke?”

Tak rosak, mahu tunggu kawanlah.”

Kebetulan Haris sudah pun menelefon pihak PLUS untuk menunda keretanya. Jadi dia malas melayan lelaki yang mungkin salah seorang dari geng trak tunda dan menolak pelawaannya.

Gambar hiasan

Kereta Haris kemudian dibawa ke bengkel menggunakan trak tunda insurans. Anehnya mandor yang memeriksa kereta mangsa memberitahu bahawa penutup tangki air radiator di bahagian bawah kereta terbuka. Kemungkinan ia dibuka oleh seseorang. Laa dah sapa pula gatal tangan pergi buka?

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Menurut Haris, seseorang tidak perlu membuka bonet hadapan kereta untuk mencabut keluar penutup tersebut.

Jadi kerja-kerja manusia yang tak berguna ni akan bawa kereta kita ke bengkel dia untuk cas mahal-mahal sebab mereka tahu kita akan bayar untuk pakai raya.”

Ciss itu taktik kotor mereka??



Sumber: Facebook

RM11k?? Gila mahal!

Nasiblah Haris tidak menerima pelawaan lelaki tadi dan masalah kenderaannya juga sudah selesai.

Namun dia berpesan, “Kalau singgah mana-mana RnR, tolong seorang atau lebih tinggal dekat kereta atau lebih baik jangan berhenti.” 

“Ambil rehat yang cukup di rumah lepas itu gerak perlahan-lahan. Beli siap-siap air, makanan dan sebagainya letak dalam kereta.” 

“Nak buang hajat atau sebagainya, periksa sebelum gerak walaupun ada seorang di kereta. Target penjenayah ini adalah orang yang berkeluarga,” tambahnya lagi.



Menerusi peringatan ini, ramai pengguna Facebook berkongsi pengalaman yang hampir sama menimpa mereka berkenaan dengan geng trak tunda yang dimaksudkan Haris.

Sumber: Facebook

Diharap anda semua berhati-hati di jalanraya. Kalau dah rasa syak akan sesuatu, lebih baik berjaga-jaga.

Makin susah nak percaya orang zaman sekarang. Yang datang membantu pun ada muslihat masing-masing. 

Baca: Gadis Tiba-tiba Berlari ke Tengah Jalan Mahu Menipu Kononnya Dilanggar Kereta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!