Tak Tolong, Lelaki Mati Disembelih Rakan di Tempat Awam Tapi Orang Ramai Cuma Rakam Kejadian

Tabiat buruk ni bukan setakat berlaku dalam kalangan masyarakat kita, tetapi juga seluruh dunia. Disebabkan mengejar like atau share, kebanyakan orang memilih untuk merakam sesuatu kejadian yang berlaku dan bukannya menolong.

Itulah yang terjadi di Hyderabad baru-baru ini di mana seorang lelaki maut disembelih rakannya sendiri dekat tempat awam.

Menurut India Times, orang awam di sekeliling bukannya tampil dan menolong mangsa, Shakeer Qureshi, 30, tetapi sebaliknya hanya mengeluarkan telefon masing-masing dan merakamkan kejadian ngeri yang berlaku di depan mata.

Sumber: India Today
Sumber: India Times

Shakeer telah diserang oleh rakannya yang juga pemandu beca bermotor, Abdul Khaja berusia 29 tahun di tengah kawasan sibuk dekat bandar tersebut.

Khaja dilihat menyerang mangsa dengan pisau berkali-kali dan turut menetak di bahagian kepala, bahu serta leher dalam kejadian yang berlaku pada Rabu malam (28 November) itu.

Sumber: India Times
Sumber: Deccan Chronicle

Melalui rakaman video yang tular tu, Shakeer dilihat terbaring dan Khaja berada di sebelah sambil memegangnya. Dia kemudian menetak rakannya itu beberapa kali, sebelum berdiri dan menjerit memberitahu orang awam bahawa Shakeer telah menghina dan mengancamnya dengan pisau, lapor Harian Metro.

Melihat kejadian itu, orang ramai terus mengeluarkan telefon dan merakamkan perbuatan Khaja sebelum menyebarkan video berkenaan di media sosial.

Menurut Hindustan Times, beberapa pegawai polis termasuk polis trafik yang tiba di tempat kejadian telah cuba menghalang Khaja dengan memukulnya tetapi tidak berjaya. 

Asisten Komisioner B Anand berkata, Khaja pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk dan pergaduhan mereka berlaku disebabkan permusuhan serta dendam lama.

Difahamkan, Khaja telah menyewakan beca auto miliknya kepada Shakeer, tetapi lelaki itu memberikannya kepada rakan lain, Akeel. Dia kemudian bertanya kepada Shakeer namun lelaki itu dikatakan memukul Khaja serta ibu dan kakaknya.

“Perkara itu membawa kepada pergaduhan antara kedua-dua mereka dan Khaja, dalam keadaan marah telah membunuh Shakeer.”

Sumber: YTHISNEWS

Khaja bagaimanapun telah berjaya ditahan oleh polis yang berada di tempat kejadian. Manusia kalau dah marah dan mabuk, memang teruk jadinya….

Baca: Warga Emas 80 Tahun Sembelih Isteri Guna Parang Sebab Tolak Ajakan Seks

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!