in

Warga Emas 80 Tahun Sembelih Isteri Guna Parang Sebab Tolak Ajakan Seks

Sembelih Isteri Taknak Seks

Seorang warga emas berusia 80 tahun ditahan lepas dia bertindak sembelih isterinya di kediaman mereka di Sulawesi Selatan.

Menurut Sinar Harian, pasangan tersebut sudah berkahwin selama 40 tahun dan telah bercerai. Namun, warga emas bernama Haji Andi Soto itu bagaimanapun rujuk semula dengan isterinya yang berusia 60 tahun dua bulan kemudian.

Pakcik Sangap
sumber: sinar harian

Kejadian tu berlaku pada waktu subuh 4 November lalu di mana Andi yang baru saja selesai solat dan menyedari isterinya, Hajah Isa baru terjaga dari tidur.

Andi kemudian terus mengajak isterinya untuk melakukan hubungan seks namun ditolak membuatkannya terus marah dan bertindak di luar kawalan.

“Berdasarkan pengakuan pelaku, dia mendapati isterinya terbangun untuk minum sehingga timbul (nafsu) syahwat. Dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya. Dia terus mengambil parang dan menyembelih mangsa,” kata jurucakap polis, Abdul Rahim.

Gorok
gambar hiasan

Salah seorang daripada lima anak pasangan tu, Andi Asrul memberitahu yang bapanya pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar pada tahun 2013 kerana selalu berhalusinansi dan berprasangka buruk terhadap orang lain.

“Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik.”

Menurut Detik News, disebabkan keadaannya sebegitu sebelum ini dan untuk pastikan motif sebenar, pihak polis dikatakan akan buat ujian kesihatan mental terhadap Andi Soto.

Andi didakwa di bawah Pasal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga. Jika disabit bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Hancur rumah tangga dibina selama 40 tahun… Entah apa lagi yang atuk ni pernah buat dekat isteri dia sebelum ni…

Baca: Lelaki Toreh Muka Remaja 17 Tahun Kerana Berang Ajakan Seks Ditolak

Toreh