in

“Tak salah kan? Bukannya aku minta dadah!” – Ifa Raziah Jawab Dakwaan ‘Demand’ Vaksin Pfizer?

Miss Diva Ifa Raziah Tolak Sinovac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain Rita Rudaini, pelakon, penyanyi dan pengacara sensasi, Ifa Raziah semalam juga telah menerima kecaman hebat netizen gara-gara didakwa membatalkan janji temu vaksin di saat akhir kerana tidak mendapat vaksin Pfizer.

Menurut Harian Metro, tular sebuah video Ifa yang dikatakan mempersoal mengapa vaksin lain diberikan di lain-lain tempat dan mengapa dia diberikan vaksin jenis Sinovac dan bukannya Pfizer.


Walau bagaimanapun, Ifa telah menafikan video tersebut dan menjelaskan tindakannya menolak menerima Sinovac tiada kena mengena dengan memilih jenis vaksin.

Menerusi hantaran di TikTok pula, Ifa berkata, dia membatalkan niat mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” katanya yang telah memadam posting tersebut.

Ifa kemudian memuat naik posting TikTok yang baru dan mengatakan tujuan dia ingin mengambil Pfizer adalah kerana vaksin itu yang terbaik. Dia juga berkata, tujuannya mahu vaksin jenis itu juga adalah kerana dia ingin ke oversea dan mengerjakan ibadah umrah dan haji.

@ifa_raziah

#vaksin #vaksincovid19 #missdiva #ifaraziah #fyp #foryoupage #tiktokviral #serifabeauty

♬ All Comes Back To You – R3HAB

 

“Kalau aku nak pilih Pfizer ker, Sinovac ker, tak salah kan?” 

Pada posting lain di instastory pula, Ifa berkata, dia mempunyai hak untuk memilih jenis vaksin memandang vaksin jenis Pfizer saja yang diyakini sesuai dengan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan.

Kalau aku nak pilih Pfizer ker Sinovac ker, tak salah kan? Bukannya aku minta dadah!! Yang penting aku nak ambik vaksin bukannya nak menghasut orang lain jangan ambik vaksin. 

“Terima kasih jadikan isu ini viral,” katanya.

Ifa Raziah

Ifa Raziah 2

Tindakan Ifa Raziah ini telah mengundang kecaman netizen yang menganggap selebriti tersebut tidak sepatutnya memilih-milih vaksin di kala ramai lagi di luar sana masih ternanti-nanti temujanji mereka untuk mendapatkan vaksin.

X Mau Sinovac

Harap-harap jika dapat temujanji vaksin lagi selepas ini, pelakon ini tidak menolak dan menerimanya kerana ramai di luar sana yang memang betul-betul mahukan vaksin ni. 

Baca: “Hat tua2 dok ataih kerusi roda pon di angkut untuk vaksin.. why??” – Rita Rudaini

Rita Rudaini Isu Vaksin

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.