in

Tiket Cuma RM5! Ekspo Kucing 2026 Kembali Dengan Pertandingan Kucing, ‘Adoption’ & Banyak Lagi!

Collage 21

Kalau korang seorang ‘cat lover’, mesti faham betapa susahnya nak tahan diri bila nampak macam-macam barang untuk si bulus. Kononnya nak beli makanan je, sekali mainan, ‘treats’ dan aksesori pun masuk dalam bakul.

Kalau korang jenis macam ni, siap sedia sebab bulan Oktober nanti ada satu tempat yang mungkin agak ‘bahaya’ untuk dompet korang!

Ekspo Kucing 2026 bakal kembali berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Oktober 2026.

Ads Ek26 Ig Scaled

Lebih menarik, tiket masuk untuk ekspo ini cuma RM5 bagi dewasa, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah serta warga emas berusia 60 tahun ke atas boleh masuk secara PERCUMA.

Tapi dengan tiket RM5 tu, apa sebenarnya yang korang boleh buat dekat sana?

Lebih 300 booth, memang boleh rambang mata!

Dsc09650 Scaled

Buat korang yang memang suka ‘shopping’ barang si bulus, ini mungkin antara tarikan utama yang korang tunggu-tunggu.

Ekspo Kucing 2026 bakal menghimpunkan lebih 300 booth dengan lebih 500 produk haiwan untuk pengunjung terokai sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Antara jenama yang bakal berada di sana termasuklah Royal Canin, Acana dan Powercat.

Bukan setakat makanan kucing, korang juga boleh mencari pelbagai barangan lain daripada produk penjagaan, makanan tambahan dan ‘grooming’ sehinggalah mainan serta aksesori untuk haiwan kesayangan.

Ekspo Kucing 2026 turut bekerjasama dengan Shopee SPayLater untuk menawarkan promosi istimewa kepada pengunjung.

Jadi, kalau stok makanan atau pasir kucing dekat rumah dah nak habis tu, faham-faham je lah…

Bukan setakat tengok kucing, ada pertandingan antarabangsa juga!

Dsc02840 Scaled Dsc02138 1 Scaled

Kalau dah namanya Ekspo Kucing, mestilah bintang utama acara ini si bulus!

Salah satu tarikan yang bakal berlangsung ialah FIFe International Cat Competition, di mana pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis kucing yang menyertai pertandingan tersebut.

Selain itu, acara ini turut menghimpunkan komuniti dan kelab-kelab kucing. Jadi, kalau selama ni korang cuma sembang pasal perangai pelik kucing dengan member sendiri, kali ni bolehlah jumpa lebih ramai geng yang sama-sama faham kehidupan sebagai ‘cat parent’.

Tengah cari ‘anak’ baru? Ada ruang ‘adoption’

Adoption 17 1 Scaled

Bukan semua yang datang ke Ekspo Kucing 2026 perlu balik dengan barang.

Mungkin ada yang balik dengan… kucing?

Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membela kucing, ekspo ini turut menyediakan ruang pengambilan kucing angkat atau ‘cat adoption’.

Ia sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali kucing-kucing yang sedang mencari rumah dan keluarga baharu.

Mana tahu, datang dengan dua orang tapi balik bertiga.

Tak bela kucing pun masih boleh datang!

Dsc07713 Scaled Dsc03763 Scaled

Walaupun namanya Ekspo Kucing, acara ini sebenarnya bukan khas untuk pemilik kucing sahaja.

Kalau korang lebih suka haiwan lain, terdapat juga Exotic & Reptile Zone serta Rabbit & Small Animal Zone yang menampilkan pelbagai haiwan untuk dilihat dengan lebih dekat.

Dsc09279 2 Scaled

Malah, korang juga berpeluang melihat capybara dan pelbagai jenis ikan hiasan di sana.

Jadi kalau anak-anak, adik atau kawan korang tak begitu obses dengan kucing, masih banyak lagi benda lain yang boleh diterokai sepanjang ekspo berlangsung.

Ada ‘pet influencer’, kuiz & peluang menang hadiah

Dsc05850 Scaled

Bukan sekadar berjalan dari satu booth ke satu booth, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Antaranya termasuk sesi perkongsian, aktiviti interaktif dan kuiz yang menawarkan peluang untuk membawa pulang hadiah.

Beberapa ‘pet influencer’ juga bakal membuat penampilan termasuk Yoyo, Sarip Dol Kucing, Kenzo Majibu & Cikda serta Michael Tam Ticha.

Dsc03831

Untuk korang yang memang mengikuti mereka di media sosial, bolehlah ambil peluang untuk jumpa secara depan-depan pula.

Butiran dan jadual sesi pertemuan bersama mereka akan diumumkan menerusi media sosial rasmi Ekspo Kucing 2026.

Selain itu, selepas selesai ‘shopping’, pengunjung juga boleh menyertai Spend & Win dan berpeluang membawa pulang hadiah.

Malas fikir pasal parking? Ada shuttle percuma

Satu benda yang selalu buat kita fikir dua kali nak pergi acara besar dekat KL mestilah… parking.

Tapi untuk Ekspo Kucing 2026, pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan shuttle percuma dari dua lokasi iaitu:

KL Sentral ↔ MITEC

Sunway Putra Mall ↔ MITEC

Catshow 36

Jadi, korang ada pilihan untuk menggunakan pengangkutan awam dan sambung perjalanan ke MITEC menggunakan shuttle yang disediakan.

Save the date, 9 hingga 11 Oktober ini!

Dsc05902

Bagi korang yang dah mula berkira-kira nak datang, berikut merupakan butiran Ekspo Kucing 2026:

📅 Tarikh: 9 – 11 Oktober 2026
⏰ Masa: 10 pagi – 9 malam
📍 Lokasi: MITEC, Kuala Lumpur
🎟️ Tiket: RM5 untuk dewasa

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun ke atas boleh masuk secara PERCUMA.

Tiket hanya boleh dibeli di kaunter tiket pada hari acara berlangsung.

Dengan lebih 300 booth, pertandingan kucing, ruang ‘adoption’, pelbagai haiwan lain dan aktiviti yang disediakan, rasanya memang banyak benda yang boleh korang explore dengan tiket RM5 tu.

Cuma satu je, kalau korang jenis yang mudah cair bila nampak barang comel untuk si bulus, mungkin kena tetapkan bajet siap-siap sebelum masuk!