in

“Hat tua2 dok ataih kerusi roda pon di angkut untuk vaksin.. why??” – Rita Rudaini

Rita Rudaini Isu Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon terkenal, Rita Rudaini baru-baru ini mendapat perhatian netizen di media sosial selepas dia telah memberikan pendapat mengenai pengambilan vaksin dalam kalangan warga emas.


Menerusi screenshot dari instastory pelakon tersebut, Rita mendakwa isu vaksin ini telah membawa perpecahan dalam keluarga serta ramai yang kini mula ‘berpuak-puak’ kerana golongan yang divaksin menggelar mereka yang tidak mahu divaksin sebagai ‘antivaksin’.

E6An2Rlvka0Uizb

 

“Depa dah tua nak jalan pon tak boleh so nak vaksin pi mana? Pi Paris? Milan?” 

Menurut satu lagi instastory yang dimuat naik pelakon ini, dia juga kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah anak ‘mengangkut’ orang-orang tua mereka untuk divaksin.

Malah pada pandangannya, apa ‘agendanya’ warga emas ini diberikan vaksin kerana mereka ini tidak larat pun untuk keluar melancong ke luar negara selepas divaksin.

E6An2Rmvoaucys7

 

“Kau tak nak cucuk bukan masalah kami. Jadi apa masalah kau kalau kami bawa mak pak kami pi vaksin?” 

Komen yang diberikan Rita berkenaan isu vaksin tersebut telah mengundang kemarahan segelintir netizen yang kemudiannya memilih untuk meluahkan di ruang komen Instagram pelakon itu.

Ramai yang mengatakan mereka tidak kisah jika pelakon itu tidak mahu dirinya divaksin, namun menjadi hak kepada anak-anak di luar sana untuk membawa ibu bapa mereka untuk divaksin kerana ingin melindungi mereka daripada wabak COVID 19 dan bukannya untuk tujuan bercuti.

Kak Rita

Terdahulu, Rita Rudaini pernah juga terpalit dengan isu yang hampir sama selepas dia meluahkan rasa bengang kepada instafamous Fara Hanim Razak yang mendakwanya seorang antivaksin dan menganggap COVID 19 sebagai agenda iluminati.

Apa-apapun diharapkan isu ini tidak berpanjangan dan Rita kembali sedar akan kepentingan vaksin COVID 19 demi mengekang penularan wabak ini dengan lebih dahsyat kepada mereka berisiko di masa hadapan nanti.

Baca: “Duk sebar dakyah rebus bunga cengkih” – Farahanim Dedah Jiran Artis Nama RR & LL Antivaksin, Rita Rudaini Tempelak?

Ritrud Cengkih

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.