in

Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Alasan Bercerai, Pemfitnah Fazura Bakal Disaman

Fazura Fattah Saman Pemfitnah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika isu perceraian pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin yang hangat diperkatakan, timbul spekulasi tentang punca keretakan rumah tangga mereka.

Fazura bersama peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu yang membuat kenyataan buruk tentang mereka.


Ini disebakan anak guamnya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan termasuk punca di sebalik permohonan cerai itu.

Artikel berkaitan: “Alhamdulillah, saya tenang” – Fazura Jawab ‘No Comment’, Hanya Tunggu Keputusan Mahkamah

Artikel berkaitan: “Saya ada perasaan” – Fattah Amin Sebak, Peguam Kata Belum Sedia Bercerai Secara Baik

Justeru, Fazura menerusi pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah berkenaan.

“Kami sudah kenal pasti empat hingga lima pihak dan akan ambil tindakan terhadap yang memulakan buat kenyataan.

“Pihak pengurusan terkilan dengan kenyataan yang memftnah Fazura. Kami tidak biarkan isu sebegini dibangkitkan,” kata Fakhrul.

Fazura tak pernah keluarkan kenyataan curang

Jelasnya, alasan bercerai ada dalam fail mahkamah dan kedua-dua pihak tidak pernah memberi sebarang kenyataan tentang kehidupan rumah tangga mereka.

“Kita nak cuba selesaikan tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Fazura tak pernah buat kenyataan curang.

“Buat masa ini atas dasar tiada persefahaman,” ujarnya.

Sementara itu, Fazura juga akui dia sedar terdapat kenyataan yang dikeluarkan daripada orang terdekat mengenai perkahwinannya namun tidak mahu memberi sebarang komen.

Susulan prosiding harini, kes permohonan cerai ditangguhkan ke 7 Oktober depan.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.