in

“Alhamdulillah, saya tenang” – Fazura Jawab ‘No Comment’, Hanya Tunggu Keputusan Mahkamah

Syaz Ft 2024 09 25T111542.863

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, ramai yang tertumpu kepada kes perceraian pelakon terkenal Fazura dan Fattah Amin, mereka berdua hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.

Fazura tiba di mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi dengan mengenakan jubah putih ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan berserta lima pengawal peribadi.


Artikel berkaitan: “Mengikut kehendak mahkamah” –  Pengurus Harap Hentikan Spekulasi Perceraian Fattah & Fazura

Artikel berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin?

Kira-kira satu jam selepas mereka berdua masuk ke perbicaraan, Fazura dilihat keluar terlebih dahulu sebelum dikerumuni pengamal media.

Peguam Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu mahkamah telah menerima fail permohonan cerai daripada Fazura melalui seksyen 47 serta mengeluarkan saman terhadap Fattah.

“Kami telah menerima satu cadangan daripada pihak Fattah berkaitan permohonan di bawah seksyen 47 tersebut, kita menangguhkan kes pada 7/10 untuk kedua-dua pihak berbincang,” katanya.

Dalam pada itu, ketika wartawan bertanya kepada Fazura berkenaan perasaannya sekarang, pelakon filem Gol dan Gincu hanya memberitahu dia berasa tenang.

Sebagai seorang ibu dan isteri pastinya saya mengharapkan yang terbaik tapi semua saya berserah pada Allah dan mengharapkan yang terbaik.

Kalau nak cakap pasal perasaan saya sekaran, saya tenang, alhamdulillah,” katanya.

Dia juga tidak menjawab serta tidak memberikan komen ketika ditanya berkenaan hak penjagaan anak serta adakah dia akan menarik semula permohonan cerai itu.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.