in

“Saya ada perasaan” – Fattah Amin Sebak, Peguam Kata Belum Sedia Bercerai Secara Baik

Ft Fatah Amin Fazura Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Fattah Amin dilihat seperti tidak dapat menahan sebak saat ditemu ramah oleh pihak media sejurus keluar dari bilik mahkamah. Dia mengakui sedih dengan apa yang berlaku serta Fattah juga menjelaskan bahawa dia juga punya perasaan.

Dalam pada itu, Fattah juga meminta orang ramai untuk teruskan mendoakan yang baik-baik dan sempat memberikan pesanan bahawa untuk yakin dengan ajal, rezeki dan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.


Artikel berkaitan : “Alhamdulillah, saya tenang” – Fazura Jawab ‘No Comment’, Hanya Tunggu Keputusan Mahkamah

Artikel berkaitan : “Jaga rumah tangga sendiri” – Netizen Tak Setuju Tya Arifin & Asyraf Khalid Ulas Isu Fattah & Fazura 

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Fattah Amin iaitu peguam syarie Zulkifli Che Yong pagi tadi menyatakan bahawa anak guamnya itu masih belum setuju untuk bercerai secara baik.

“Pihak defendan (Fattah Amin) telah menyatakan bahawa beliau sebelum ini belum sedia, belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya kerana pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan secara baik isu yang berkait semasa perkahwinan dan sekiranya berlaku penceraian.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kira-kira jam 9.28 pagi dengan mengenakan jubah berwarna putih dengan ditemani empat pengawal peribadi serta pengurus peribadinya, Iman Tang manakala Fattah pula dikatakan sudah tiba lebih awal sebelum itu.

Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

Sumber : Harian Metro, Xtra, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.