in

Irfan Haris Kongsi Amira Othman Dapat Ilham Nama Jarir Dari Kelas Agama

Nama Jarir Amira Othman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman hari ini berkongsi khabar gembira, menimang cahaya mata pertama mereka yang diberikan nama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fatah.

Sementara itu, penyanyi Irfan Haris yang juga adik kepada Amira berkongsi di laman Threads meluahkan keterujaannya menyambut ahli keluarga baharu.


“Masya-Allah handsome betul anak buah saya ni Muhammad Jarir Umar,” titipnya.

Screenshot 2026 06 24 172943

Nama diinsipirasi dari kelas agama

Irfan dalam temu bual bersama stesen radio mendedahkan nama yang diberikan adalah pilihan bersama Amira dan abang iparnya, Fattah Amin.

Berkongsi mengenai pilihan nama itu, Irfan menjelaskan Amira mendapat inspirasi nama Jarir untuk cahaya matanya selepas menghadiri satu kelas agama.

“Nama Jarir ini adalah nama sahabat nabi dulu. Kakak saya mendapat inspirasi daripada nama itulah.

“Saya rasa (mereka) sama-sama (pilih nama). Tapi kakak saya dapat inspirasi daripada kelas agama dia,” ujarnya.

Snapinsta.to 730258835 18599101690029274 8118460361172992808 N

Dalam pada itu, Irfan turut gembira melihat perjalanan hidup kakak bersama abang iparnya yang kini diserikan dengan kehadiran zuriat.

Artikel berkaitan: “Semoga jadi anak yang soleh” – Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki

Artikel berkaitan: “Clingy rupanya Fattah ni..” – Gelagat Fattah Amin ‘Live’ Dengan Amira Othman Lepas Jadi Suami Isteri Buat Netizen Geli Hati

Screenshot 2026 06 24 173101

“Alhamdulillah, tahun lepas berkahwin, kini syukur mereka dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Saya sebagai adik, mendoakan yang baik-baik. Moga Jarir menjadi anak yang soleh dan baik untuk ibu bapanya, insya-Allah,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Terdahulu, pasangan itu sering menjadi perhatian ramai, malah peminat juga yang tidak sabar menantikan kelahiran zuriat sulung mereka.

Fattah serta Amira juga penyanyi dan pelakon mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.