in

“Tak payah lah nak pukul macam tu” – Netizen Panas Hati Tengok Pak Guard Tendang & Tampar Warga OKU Nak Berniaga

Guard6

Tegas dalam menjalankan tugas tu memang bagus, tapi jangan sampai mengasari orang tanpa asal usul periksa, ada satu video viral di Twitter sehingga mendatangkan kemarahan orang ramai.

 

This is so uncivilized, pakcik tu nk meniaga je, even though Tak boleh Kat tempat tu, xpayah la sampai nak pukul mcm tu. He didn’t deserve to treated that way”

Seorang pengawal keselamatan mengasari warga emas OKU,menerusi video yang dikongsikan @faris_theo ini, ia telah meraih hampir 16,000 jumlah retweets. Kata pemuda ini, pakcik OKU yang dikenali sebagai Lan itu cuma ingin berniaga di tempat tersebut.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Perlis.

Tapi, ada netizen menjelaskan bahawa tindakan guard melakukan perkara sedemikian bersebab, dikatakan pakcik itu ada cabul orang.

Menurut respon daripada @june_lyssa, mangsa cabul itu dikatakan merupakan saudara kepada guard tersebut.  Dikhabarkan lagi, habis barang jualan disepak oleh guard tersebut

Namun begitu, ia semua hanyalah fitnah semata-mata kerana Lan itu baik orangnya.

Guard Guard2

 

Mengaku bersalah, letak jawatan

Kes ini dah pun selesai, ternyata ia memang fitnah semata-mata, guard tu dah mengaku bersalah dan dia pun dah letak jawatan serta merta.

Dia juga telah pun memberikan pampasan kepada Lan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia bahkan Lan juga telah memaafkannya.

Bagaimanapun, kejadian ini masih meninggalkan kesan kepada netizen atas tindakannya itu. Orang tua kan? Siapa lah sanggup tengok, lain kali kena asal usul periksa dulu sebelum membuat tindakan.

 

Baca : “Pukul orang tua ni serupa pukul perempuan” –  [Video] Penguatkuasa ‘Smack Down’ Pakcik Tua Atas Lantai Sampai Bedarah Buat Netizen Bengang

Smackdown