“Pukul orang tua ni serupa pukul perempuan” – [Video] Penguatkuasa ‘Smack Down’ Pakcik Tua Atas Lantai Sampai Bedarah Buat Netizen Bengang

Satu video viral  di media sosial berkenaan dengan tindakan penguatkuasa melakukan kekerasan kepada warga emas telah menimbulkan kemarahan Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan.

 

Uncle Cina itu memang salah sebab dia yang mulakan provokasi dulu tapi….

Dalam video yang di kongsikan melalui Twitter, rakaman itu menunjukkan seorang pegawai penguatkuasa sedang bertekak dengan seorang lelaki tua.

Lelaki tua tersebut bengang dan pukul pegawai tersebut dengan payung yang dipegangnya, tercabar dengan tindakan warga emas itu, pegawai terus pukul dengan menolak badan lelaki tua itu sehingga terbaring dan kepala terhentak dekat lantai.

Orang ramai yang mengerumuni lokasi insiden itu hanya melihat dan merakam aksi agresif pegawai itu, dapat dilihat kepala lelaki itu berdarah akibat terkena hentakan itu.

Datuk R. Sri Sanjeevan berkata, tindakan itu sangat kejam, baginya tidak dinafikan warga emas tu memang bersalah tapi cara pegawai itu respon dianggap melampau kerana menyebabkan kecederaan berdarah dan itu satu kesalahan besar.

“Tiada siapa tahu adakah Uncle itu seorang yang mempunyai masalah kesihatan mental. Jika ada maka Uncle itu adalah “pesakit” dan Abang Penguatkuasa itu pula yang kena teruk nanti.” katanya lagi.

Dalam pada itu, netizen yang melihat kejadian ini juga marah dengan tindakan pegawai tersebut. Bagi mereka, kelakuannya untuk mempertahan diri itu amat melampau.

 

Pukul orang tua ni serupa dengan pukul perempuan dan budak-budak – Netizen

Namun begitu, ramai juga yang membela tindakan pegawai tersebut kerana bagi mereka salah tetap salah.

Harap perkara ni dapat dijelaskan dengan segera.

 

Baca : “Share bini ke pukul ramai-ramai?” – Lelaki Dibelasah Sampai Lembik Sebab Dituduh ‘Main Bini Orang’ Padahal…

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?