in

“Dit*mpar, ditarik kolar” – Ibu Dakwa 2 Anak Di Sekolah Agama Jadi Mangsa Buli Rakan & Kekerasan Guru

Ft Mangsa Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa dua anak lelakinya menjadi mangsa buli rakan sebaya dan kekerasan seorang guru di sebuah sekolah menengah agama di Chemor,  Perk dalam kejadian berasingan pada Julai dan Ogos lalu.

Menurut wanita berusia 43 tahun itu, dia sudah membuat dua laporan polis berhubung insiden berkenaan dan berharap tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat.


Artikel berkaitan : Isu Buli Siber, Kesihatan Mental Dan Kawalan AI Bakal Dikupas Oleh Pakar Global Di Persidangan IRC MCMC 2026

Artikel berkaitan : Pelajar Berang Dibuli, Sering Dibaling Ais Jadi Punca Kejar Rakan Dengan P*sau

Anak pertama dipukul guru

Menceritakan kejadian pertama, wanita itu mendakwa anak lelakinya yang berusia 18 tahun ditampar sebanyak enam kali pada bahagian pipi oleh seorang guru ketika berada di sebuah bilik di sekolah tersebut.

Lebih membimbangkan, guru berkenaan turut didakwa menarik kolar baju anaknya sebelum menggenggam penumbuk sambil mengugut untuk menumbuknya.

“Anak lelaki saya berumur 18 tahun yang berada di sebuah bilik di sekolah berkenaan ditampar sebanyak enam kali di bahagian pipi oleh seorang guru.

Screenshot 2026 10 06 114648

“Seterusnya, guru itu menarik kolar bajunya dan menggenggam penumbuk dengan ugutan menumbuknya,” katanya dalam sidang akhbar di Tanjung Rambutan, semalam.

Akibat kejadian itu, anaknya dikatakan mengalami kesakitan pada bahagian muka, pipi, mulut dan rahang.

“Anak saya juga mengadu rahangnya berbunyi apabila membuka mulut dan mengadu kesakitan,” katanya.

Anak kedua dibuli rakan 

Baru 2 Buli

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut mendakwa seorang lagi anak lelakinya yang berusia 17 tahun mengalami kejadian buli di sekolah yang sama.

Menurutnya, anaknya ditampar dua kali, ditumbuk pada bahagian leher dan dua kali di muka sebelah kiri oleh seorang rakan di asrama lelaki selepas enggan rambutnya digunting secara paksa.

Screenshot 2026 10 06 115104

Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa pihak sekolah tidak membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital atau klinik dengan alasan kejadian berlaku pada waktu malam.

“Anak saya berasa takut dan tertekan kerana dipukul sehingga mengalami kecederaan selain bimbang kejadian kembali berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah mengesahkan pihak polis menerima dua laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.