Siapa tak pelik kan kalau tiba-tiba orang pandang ‘slack’ sebab sangka benda yang tak baik pasal diri kita? Itulah yang jadi dengan seorang gadis ni yang ‘terkena’ dengan jiran dia sendiri.
Al kisahnya, haritu Fatin Izzati Kamsani, 24, ada tweet pasal satu kejadian yang menimpa dia melibatkan ibu dan juga jirannya. Dengan 8 ribu retweet, kisah yang sebenarnya lucu tu jadi spoil disebabkan salah faham.
Jiran aku ingat aku pregnant sebab tu semalam sampai rumah dia pandang pelik.”
Menurut mStar, ibu Izzati sebenarnya bercakap dengan kucing dorang. Biasalah kan, siapa bela kucing mesti selalu borak dengan haiwan tu kannn….
Itulah dia. Tinggalkan rumah keluar dengan jantan lain. Lepas tu bunting pandai balik sini. Nasib mak sayang kamu ni tau.”
https://twitter.com/IzzatiKamsani/status/1043334421766533120
Disebabkan dialog ni, jiran dorang yang terdengar terus buat conclusion yang Izzati ni mengandung anak luar nikah sebab Izzati belum pun berkahwin. So, makcik tu rasa kecewa dan pandang serong dekat Izzati sebab selama ni ingatkan dia seorang anak yang baik.
Haihh, makcik makcik….
Izzati mula perasan pasal hal tu bila dia balik kampung dekat Kampung Baharu Lanjut, Sepang baru-baru ni sebab jiran dia bagi jelingan tajam and bersikap aneh.
“Hari pertama saya sampai di kampung, dia terus pandang ‘slack’. Saya pelik sebab makcik ni memang baik dan rapat dengan saya. Saya pun tertanya-tanya kenapa dia jeling saya semacam je.”
Pelik dengan perangai jiran dia tu, Izzati pun pergi lah jumpa face to face sebab nak dapatkan kepastian kalau ada yang tak kena atau mungkin dia ada buat salah. Tapi, bila dah jumpa, makcik tu punya ayat buat Izzati terkejut habisssss.
Sampai hati buat mak awak macam tu, mak awak tu baik sangat, ni yang awak balas kat mak awak. Ni lah duduk KL sampai mengandung.”
Amboi makcik, dah la taktau cite sebenar. Dia main semburrrrr je!
“Saya pun ketawa sampai tak boleh keluar suara. Saya kata siapa yang mengandung ni… saya beritahu makcik tu saya masih single. Makcik tu tanya lagi habis siapa yang makcik dengar mak kamu marah-marah hari tu.
“Saya kata makcik dah salah faham ni. Saya rasa makcik dengar mak saya marah kat kucing kami ni.”
Ibu Izzati, Roszila Balia, 54, rupanya memang biasa membahasakan diri dia sebagai mak bila bercakap dengan kucing jalanan yang datang ke rumah dorang.
“Mak saya memang sayang kucing. Kami tak ada kucing peliharaan tapi setiap kucing jalanan yang datang ke rumah akan dibelai dan diberi makan seperti kucing sendiri.
“Nak dijadikan cerita, kucing yang kena marah tu lama tak datang rumah. Tiba-tiba bila muncul tau-tau dah bunting. Mak pun bebel dan kebetulan masa tu jiran tengah sapu laman rumah dan terdengar mak marah-marah.”
Tapi, Izzati kata makcik tu sebenarnya baik orangnya. Dia menegur tu sebab dia ambil berat dan Izzati sempat berkata,
Saya nak jelaskan bahawa makcik tu sangat baik. Dia marah kat saya pun sebab ambil berat. Janganlah kata dia ‘makcik bawang’.”
Biasalah tu… Sesiapa yang memang sayang kucing akan borak macam dengan manusia. Mak siapa lagi sembang dengan kucing macam sembang dengan anak sendiri? Guna panggilan apa tu.. Mak ke, umi ke, mama ke… Hehehe