Jarang sebenarnya dalam dunia ni nak jumpa kembar tak seiras, tambah-tambah pulak kembar tak seiras lelaki dan perempuan. Kalau kembar seiras orang susah nak bezakan wajah mereka, kembar tak seiras lelaki dan perempuan ni pulak orang selalu salah sangka ingatkan dorang pasangan bercinta! Alahai…
Menerusi perkongsian netizen di Twitter, sepasang kembar tak seiras tiba-tiba dituduh cikgu sedang berdating kat sekolah gara-gara duduk berduaan di tangga.
“Kesian dua ketul kembar ni. Tak pasal-pasal kena tangkap dengan cikgu sebab dating,” tulis tweet tersebut.
Stress sebab kena tuduh dengan cikgu dan dipanggil datang ke perhimpunan, kembar berdua ni mengadu kepada kakak mereka yang mereka berdua malu nak datang sekolah esok.
Actually si kakak mengaku yang perkara ni berpunca sebab dia lewat ambil adik-adiknya dari sekolah. So sebab dorang berdua duduk berdua-duaan kat tangga, cikgu tu pun suspect la ada something going on antara budak berdua ni.
Cikgu tu pulak rupa-rupanya cikgu baru kat sekolah tu. Sebab tu lah dia tak tahu yang budak berdua ni kembar. Adoi! Sabar je lah..
Rata-rata netizen yang baca tweet ni terasa lucu dengan situasi menimpa sepasang kembar tu. Ada jugak yang kesian dengan cikgu berkenaan sebab mesti malu bila tahu perkara yang sebenar. Hiks!
Bayangkan macam mana cikgu tu malu bila find out yang dorang ni kembar….