in

“Tak mengapa, saya ada” – Pesanan Naim Daniel Kepada Sissy Imann Buat Ramai Tersentuh

Naim Daniel Sissy Imann

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas, kecoh di media sosial apabila peserta rancangan realiti nyanyian Famili Duo, Sissy Imann dan pasangannya Naim Daniel diberikan kritikan pedas oleh Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri dalam rancangan itu.


Persembahan lagu Jampi yang dikeroncongkan itu tidak dapat menarik pujian daripada Mas Idayu sebaliknya dia memberikan komen dengan nada yang menengking.

Sejurus persembahan itu, Sissy Imann berkongsi rasa sedihnya sehinggakan ingin menjual albumnya yang dirakamkan di Abbey Road Studio, London dengan serta-merta walaupun ia sepatutnya dijual pada bulan Februari depan.

Berkongsi kesedihan, pasangannya dalam rancangan tersebut Naim Daniel turut menitipkan pesanan kepada Sissy Imann yang menyatakan mereka sedang berhadapan dengan sesuatu yang besar dan pertandingan itu bukanlah sesuatu yang mudah.

“Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan… Tidak mengapa, saya ada.

Kadang, ada hari di mana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak ‘bedal’ supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal.

Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal. Tak mengapa, saya ada,” tulisnya.

Selain menenangkan pasangannya itu, Naim turut berkongsi suka-duka mereka di dalam pertandingan tersebut dan dia turut memberitahu bahawa dia akan sentiasa bersama pasangannya itu dalam susah dan senang.

Semoga Naim dan Sissy terus kuat! 

Baca: “Nak tolong, tolong terus” –  Naim Daniel Pertikai Tindakan Menteri Buat Majlis Bantu Mangsa Banjir

Ft Naim Daniel Tindakan Kdn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.