Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu telah menyebabkan bekalan air bersih dan juga makanan menjadi terhad disebabkan rumah-rumah mereka yang terlibat habis ditenggelami air.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melancarkan misi bantuan banjir ke Pantai Timur.
Ciapan yang dimuat naik oleh Bernama itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang meluahkan rasa tidak setuju dengan majlis pelancaran yang dilakukan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini melancarkan misi bantuan banjir ke Pantai Timur
📸 Samantha Tan Chiew Tieng/BERNAMA pic.twitter.com/55tBBpuuBX
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 21, 2022
Naim Daniel pertikai tindakan tersebut
Bagaimanapun, salah seorang selebriti telah meluahkan pandangan serta menyuarakan pendapatnya mengenai perkara itu melalui media sosial.
Menerusi sebuah ciapan, Naim telah mempertikai tindakan kerajaan yang membuat majlis pelancaran untuk membantu mangsa banjir.
Pandangan itu dilakukan susulan ciapan daripada Bernama yang memaparkan majlis itu sempena Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk negeri yang terlibat.
https://twitter.com/naimdanielx/status/1605440762744737793
Melalui ciapan tersebut, pelakon dan penyanyi itu meluahkan mempersoalkan niat mereka mahu membantu mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir dengan cara melancarkan sebuah majlis. Menurut penyanyi lagu Sumpah ini, ia seolah-olah membuang duit dan juga masa.
“Nak tolong, tolong terus. Mangsa banjir tengah dalam kesempitan sekarang ni.”
“Budaya lancar-melancar dan rasmi-merasmi yang bazir masa dan duit ni boleh berhenti dah. Come on,” tulisnya.
Tambahnya, ketika ini mangsa banjir sedang berdepan dengan kesempitan dan perlukan bantuan sesegera mungkin.
Selain Naim, ramai juga pengguna media sosial yang membidas KDN kerana mengadakan majlis hanya untuk melancarkan misi bantuan banjir ke Pantai Timur.
Apa kata warganet?
Reaksi yang dilemparkan oleh warganet mendapat pelbagai reaksi, ada yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu dan ada juga yang menerangkan perkara yang sebenar.
Sumber : Twitter, MalaysiaKini
Apa pendapat korang dengan tweet Naim ni?
Baca : “Bukan Adam dan Haikal” – Selar Golongan LGBT, Naim Daniel Dihentam Netizen?