in

Tak Mahu Anak Terima Vaksin, Bapa Nekad Culik & Sorok Anak Sendiri Sejak November

3Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan telah diculik dan disorok oleh bapa kandungnya sejak November 2021 bagi mengelakkan anaknya itu menerima suntikan vaksin Covid-19.


Kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu telah dibawa lari oleh bapanya, Michael Jackson dan telah dilaporkan hilang oleh ibunya sejak 2 bulan lepas.

Screenshot 2022 01 16 At 1.22.30 Pm

Michael yang membuat kemunculan di program bual bicara atas talian di Kanada menjelaskan mengapa anaknya itu tidak pulang ke pangkuan bekas pasangannya, Mariecar Jackson selepas berjumpa hujung tahun lalu.

I’m following God, and I’m doing what He wants me to do

Michael muncul dalam program itu bersama anaknya dari satu lokasi yang tidak dinyatakan. Beliau turut mengaku menyembunyikan anaknya itu dari 11 November tahun lalu, melebihi tempoh melawat yang dibenarkan oleh mahkamah.

Screenshot 2022 01 16 At 1.22.14 Pm

Menurut laporan NY Post, Michaell yakin bahawa anaknya itu akan dibawa bekas pasangannya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dan bersungguh menghalang ibu kanak-kanak itu dengan alasan mahu melindungi zuriatnya.

Untuk rekod, Mariecar menamatkan perhubungan dengan bekas pasangannya itu kira-kira 7 tahun lepas dan kini sedang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lokasi dimana anaknya disembunyikan.

 

Baca: Lelaki Hilang Hak Jumpa Anak Lepas ‘Posting’ Di Socmed Dedah Tolak Vaksin COVID-19

Screenshot 2022 01 15 At 12.38.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.