in

Lelaki Hilang Hak Jumpa Anak Lepas ‘Posting’ Di Socmed Dedah Tolak Vaksin COVID-19

Screenshot 2022 01 15 At 12.38.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa dari Kanada hilang hak bertemu dengan anaknya yang berumur 12 tahun selepas secara terbuka memuat naik hantaran di media sosial menolak untuk terima vaksin Covid-19.


Menurut BBC, seorang hakim di Mahkamah Kanada memutuskan untuk menarik semula hak bertemu dengan memikirkan keselamatan dan kesihatan anak yang berisiko terkena jangkitan Covid-19.

Screenshot 2022 01 15 At 12.37.43 PmKeputusan itu diambil selepas bapa kanak-kanak itu mengusulkan permohonan untuk penambahan waktu bertemu anaknya ketika hari cuti. Ibu kepada anak itu pada awalnya menolak permohonan penambahan masa bertemu atas sebab bekas pasangannya itu tidak menerima suntikan dos vaksin Covid-19.

Ibu kepada anak itu mengetahui mengenai status vaksinasi bekas pasangannya itu melalui satu hantaran yang dimuatnaik di media sosial. Dalam hantaran itu, bapa kanak-kanak itu secara terbuka menolak untuk menerima vaksin Covid-19.2Vaksin

Ibu kanak-kanak itu kini tinggal bersama pasangan barunya dan dua lagi anak kecil yang belum cukup umur untuk menerima vaksin. Menyedari akan keselamatan dan kesihatan anak-anak dibawah tanggungnya, beliau menolak permohonan bekas pasangannya untuk mendapatkan lebih masa bertemu daripada mahkamah di Kanada.

 

Baca: Pelakon Watak Shuri Dalam Black Panther Sah Keluar MCU Kerana Tolak Vaksin

Screenshot 2022 01 15 At 12.36.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.