in

“Tak layak jadi mak bapak” – Lelaki Bunuh Anak Buah GF Sebab Nak Bilik Untuk Anak Dalam Perut, Tapi…

Collage 32

Bila dah dilamun cinta, benda yang kita sanggup buat untuk orang tersayang kadang-kadang sampai melampaui batasan.

Macam lelaki ni yang sanggup lemaskan budak berusia tiga tahun hanya sebab nak bilik extra untuk anaknya yang bakal lahir.

Menurut MetroUK, Bobby Woods Jr, telah dipenjarakan seumur hidup pada hari Jumaat lalu selepas dia didapati bersalah membunuh Mason Cuttler pada Ogos 2015.

Pm5Dqf7U4Bdsbjp5K74Uh3I6Rm

Bobby telah menolak Mason ke dalam kolam berdekatan rumah mereka di Lufkin, Texas sebelum beredar dan tak menghiraukan budak tersebut yang menjerit meminta pertolongan.

Mayat Mason kemudian ditemui pada 18 Ogos 2015 di dalam kolam sehari selepas dia dilaporkan hilang.

Mason 2

Lelaki ini kemudiannya memberitahu pihak polis yang teman wanitanya, Billie Jean Cuttler mengandung. Kerana itu, wanita tersebut menyuruh dia membunuh Mason kerana mereka perlukan bilik untuk anak mereka yang bakal lahir di rumah yang dikongsi bersama abang teman wanitanya ini.

Billiejean Eba5

Bagaimanapun, hasil siasatan mendedahkan yang Billie Jean tak pernah mengandung. Dia tipu sebab nak bunuh budak?!

Billie Jean juga telah didakwa namun dia telah mengambil perjanjian rayuan dan mengaku terlibat dalam konspirasi pembunuhan ini. Dia dikenakan penjara selama 20 tahun.

Perempuan tu yang suruh dia bunuh, sekali dia sorang je kena penjara seumur hidup. Sayang punya pasal kan?

 

Baca: “Hero Kecil” – Budak 3 Tahun Jaga Adik Usia 2 Bulan, Lepas Bapa Tembak Ibu & Bunuh Diri

Screenshot 2019 08 21 At 12.18.13 Pm