Sejak semalam, tular satu rakaman video di Threads memaparkan situasi yang meresahkan orang ramai terutamanya umat Islam apabila didakwa sebuah premis melakukan penyembelihan ayam dengan cara yang agak meragukan.
Pengguna Threads @itshans dalam hantarannya berkata,
Apa pandangan korang sebagai umat Islam? Sembelih secara tidak sah, haram untuk umat Islam makan ayam macam ini.
“Lokasi di Pasar Pudu,” tulisnya.

Artikel berkaitan: JAKIM Tegaskan Tiada Kaitan Dengan Platform ‘Halal Inquiry Company Direktori’
Artikel berkaitan: JAKIM Padam Hantaran Syarikat Ditarik Sijil Halal, Ini Penjelasan Timbalan Menteri
Dalam video itu, dapat dilihat tiga orang lelaki yang dipercayai warga asing yang bekerja di situ telah mengeluarkan ayam hidup daripada bakul ayam sebelum salah seorang daripada mereka menyembelih ayam-ayam tersebut.

Agak mengejutkan apabila dilihat ayam yang telah disembelih dicampakkan ke dalam sebuah tong besar berisi air yang dikhuatiri menyebabkan ayam itu mati akibat lemas dan bukan sebab disembelih.

Dapat dilihatkan juga kawasan penyembelihan yang kotor dan terdapat percikan darah ayam di lantai kawasan tersebut.
Video berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang bimbang dengan situasi penyembelihan yang tidak sah dan kebersihan tempat penyembelihan.
“Apa ni lepas sembelih campak dalam air, tak tunggu ayam tu betul-betul mati. Kalau ayam tu mati disebabkan air, bukan disebabkan sembelih yang sah, itu dikira bangkai haram untuk dimakan.
“Saya sebagai orang yang ada tauliah penyembelihan. Ayam itu bangkai. Full stop.
“MasyaAllah sembelih tak bismillah pastu campak dalam air bagi lemas. Itu jadi bangkai. Haram hukum dia,” kata netizen.
JAKIM sahkan premis tiada sijil halal
Susulan tularnya video itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan pihaknya sedang melaksanakan siasatan menyeluruh terhadap sebuah syarikat berkaitan sembelihan ayam.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan syarikat bukan pemegang SPHM terkait isu ayam yang sedang tular,” katanya.
Sumber: Harian Metro, Threads
