in

SPAN Siasat Insiden Kem*tian Pelajar Latihan Industri Di Kolam Menara Saujana 1

Span Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut melibatkan pekerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana 1, Kuala Selangor pada 16 Jun lalu.

Menurut SPAN, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak termasuk operator Air Selangor atau kontraktor pemegang permit SPAN sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur atau pelanggaran Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).


Span Pfp

“Berdasarkan maklumat awal, terdapat kemungkinan berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan kerja di ruang terkurung, termasuk kemasukan pekerja tanpa kebenaran dan sebelum pengesahan keselamatan diberikan,” menurut kenyataan itu.

SPAN memaklumkan pihaknya menerima makluman kejadian pada 17 Jun sebelum mengadakan lawatan ke lokasi sehari kemudian.

Screenshot 2026 06 23 At 10.31.26 Am

Kerja pencucian kolam berjadual itu dilaksanakan oleh vendor yang dilantik iaitu Myda Risk & Safety Sdn Bhd pada 16 Jun.

Artikel berkaitan: 39,000 KM Paip Air Usang Perlu Diganti Segera, Risiko Kerugian Cecah RM4 Bilion

Artikel berkaitan: MYWATER 2025: Masa Depan Air Malaysia Di Tangan Kita!

Semasa kejadian, dua pekerja dilaporkan mengalami kesulitan berhampiran kawasan scour point berdiameter 200 milimeter ketika paras air berada pada paras pinggang.

Seorang berjaya diselamatkan manakala seorang lagi tersangkut di kawasan berkenaan.

Mangsa diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) namun disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital UiTM untuk bedah siasat. Punca kematian awal dilaporkan akibat lemas.

SPAN berkata punca sebenar kejadian masih tertakluk kepada hasil siasatan rasmi dan laporan akhir yang akan dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Menurut SPAN, langkah-langkah penambahbaikan akan terus diberi perhatian bagi memastikan pematuhan kepada prosedur keselamatan, kawalan kerja di ruang terkurung, pengawasan kontraktor serta pengurusan risiko di tapak kerja dilaksanakan dengan lebih ketat dan berkesan.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa yang maut merupakan pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sumber: Astro Awani

Sumber: BH Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.