Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya buka mulut mengenai status hubungannya dengan usahawan Dato’ Seri Vida (DSV). Penyanyi lagu Asmara Ini tidak lagi berselindung tentang hubungan cinta mereka.
Fazley menjelaskan bahawa keintimannya dengan DSV itu bukanlah gimik murahan tetapi ia adalah hubungan sebenar berputik daripada hati yang ikhlas.
Artikel berkaitan : Dipertikai Kerana Bersentuhan Semasa Berubat, Ada Netizen Dakwa DSV & Datuk Fazley Dah Kahwin?
Artikel berkaitan : “Nasihat ambe nikah lah” – PU Syed Tegur Adegan Mesra DSV & Dato – Fazley
Dah dapat restu keluarga – Fazley Yaakob
“Ini adalah impian setiap manusia yang single. Apa yang anda lihat selama ini bukan content atau gimik tetapi satu realiti.”
Pengakuan tersebut sekaligus telah menjawab spekulasi netizen yang berteka-teki tentang mereka yang dilihat ‘mesra luar biasa’ ini.
Katanya, hubungan mereka menjadi makin serius selepas mendapat restu keluarga dan hal itu sudah dirujuk kepada ustaz.
“Sebelum saya luah hasrat (jalin hubungan), saya ada buat solat istikharah, tanya pada ibu, anak-anak dan dapatkan pendapat ustaz juga.”
“Ketika itu, dia terkejut sebab tak pernah ada lelaki gentleman mendekati dia cara begini. Mulai dari itu, kami cuba untuk kenal lebih rapat sehingga sekarang.”

Menjawab tentang khabar angin yang mengatakan mereka suka bernikah senyap-senyap, Fazley menafikannya. Katanya kagi, mereka pasti akan umumkan berita baik itu kepada semua jika perancangan untuk memeterai ikatan sah antara mereka itu berjalan secar lancar.
“Saya sedar sebagai kami hak masyarakat, jadi sudah tentu kami takkan sorok, cuma buat masa ini belum lagi. Saya akan beritahu apabila tiba masanya nanti. Insya-Allah.”
Sumber: mStar Online
