in

“Hero Kecil” – Budak 3 Tahun Jaga Adik Usia 2 Bulan, Lepas Bapa Tembak Ibu & Bunuh Diri

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya, budak-budak usia tiga tahun ni belum tahu lagi erti tanggungjawab dan masih perlukan ibu bapa untuk menguruskan diri mereka. Yelah, tiga tahun kecik lagi kot.


Namun, menurut Daily Mail, seorang budak perempuan berusia tiga tahun ini dianggap sebagai ‘hero kecil’ kerana dia berjaya memastikan adik lelakinya yang berusia dua bulan terus hidup selama tiga hari selepas bapa tembak mati ibu mereka sebelum menembak diri sendiri.

Seorang jiran menemui dua kanak-kanak ini di tingkat bawah rumah keluarga mereka pada 21 April dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan lapar sebelum menemui mayat ibu bapa mereka dalam bilik tidur di tingkat atas.

Pegawai perubatan mengecam bapa ini sebagai David Kooros Parsa 46 tahun dan ibu Mihoko Koike Parsa 38 tahun. Penyiasat mengatakan insiden pembunuhan-bunuh diri ini mungkin berlaku pada 18 April, tiga hari sebelum kanak-kanak ini ditemui.

Menerusi sidang media pada Selasa lepas, pihak polis Los Angeles, Kapten Maureen Ryan mengatakan kanak-kanak ini kini dalam jagaan Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak Dan Keluarga.

Si kecil ini mampu untuk pastikan dirinya dan adiknya terus hidup. Bayi tersebut adalah bayi ajaib dan budak perempuan itu seorang hero.”

Kalau korang nak tahu, masa hari kanak-kanak dan mayat ibu bapa ini ditemui, pihak polis terima panggilan dari atuk kanak-kanak ini yang risau kerana lama tak dengar khabar mereka.

Selepas panggilan itu, pihak polis pergi ke rumah keluarga ini dan pulang selepas melihat tak ada apa-apa yang mencurigakan.

Beberapa jam selepas itu, barulah kawan ibu bapa ini cuba masuk ke dalam rumah sambil ditemani tukang kunci dan jiran mereka sebelum menemui dua kanak-kanak yang kelaparan ini.

Olivia dan James Robinson, jiran yang tinggal berhadapan dengan rumah pasangan ini memberitahu media tempatan, mereka tahu ada sesuatu yang tak kena sebaik melihat budak berusia tiga tahun ini di ruang tamu dengan badan berbau hancing.

Apabila Olivia tanya di mana ibu bapanya, budak ini kata mereka sedang tidur di atas dan dalam keadaan sakit.

Seorang lagi jiran, Tony Medina membawa kanak-kanak malang ini ke rumahnya untuk memberi makanan sementara menunggu kehadiran pihak polis.

Dia dengar ibunya nangis dan lebih menyedihkan bila dia cakap pada saya dia nampak ‘mummy rosak’.”

Allahu, kesian budak ni, kecik-kecik dah kena tengok mak ayah sendiri mati depan mata. Tak dapat nak bayang perasaan dia macam mana. Smiley Cry

 

Baca: Sedih! Raih Lebih 200k Tontonan ‘Drama Air Mata’ Kakak Enggan Lepas Adik Di Majlis Kahwin Buat Netizen Sebak

Screenshot 2019 04 26 At 11.13.14 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.