in

“Tak ada kerja ke?” – Pihak Berkuasa Menyamar Jadi Tukang Masak Untuk Tangkap Orang Tak Puasa Timbulkan Kemarahan Netizen

Feat 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, setiap kali puasa, pihak berkuasa giat melakukan operasi menangkap orang-orang Islam yang tak berpuasa.



Menurut News Straits Times, sesiapa yang berpuasa dan bercadang untuk makan di gerai semasa bulan puasa di Segamat perlu bersiap sedia kerana mungkin orang yang menghidangkan makanan adalah pihak berkuasa dari Majlis Perbandaran Segamat (MPS).

Presiden MPS Mohd Masni Wakiman berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Segamat untuk menangkap umat Islam yang tak berpuasa dan menikmati makanan lebih-lebih lagi di gerai-gerai bawah pengawasan MPS.

Masni berkata, dia telah menambah 32 pegawai termasuk dua pegawai yang memang pandai membuat roti canai, teh dan mi mamak.

Lauk Kedai Mamak
Gambar hiasan

 

Mereka akan menyamar sebagai tukang masak dan pelayan untuk menangkap orang yang tak berpuasa.”

“Kami memilih pegawai berkulit gelap untuk melakukan job undercover ini. Mereka akan kedengaran yakin apabila mereka bercakap bahasa Indonesia atau slang Pakistan supaya pelanggan percaya yang mereka memang pekerja di sana.

“MPS tak mahu dilihat seperti tak membuat apa-apa usaha untuk mengawal isu orang Islam makan secara terbuka semasa bulan Ramadan. Ia bukan saja tak menghormati agama tapi ia juga memberikan imej yang buruk pada MPS dan gerai di bawah pengawasan kami.”

“Tak ada kerja ke?”

Namun tindakan MPS ini telah mengundang kemarahan netizen yang tak bersetuju dengan tindakan ini.

Screenshot 2019 05 23 At 4.05.06 Pm Screenshot 2019 05 23 At 4.06.02 Pm

Apa pendapat korang? Patut ke dorang buat macam ni? Kalau tak puasa boleh ganti balik kan?

 

Baca: Masih Ragu & Tak Jelas Hukum Hakam Sewaktu Bulan Puasa? Meh Baca Perkongsian Bermanfaat Ni!

Screenshot 2019 05 23 At 4.22.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.